Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/772815
Title: Infantisid menurut Islam dan perundangan di Malaysia
Authors: Aimi Syazana Amir Hassan (P90100)
Supervisor: Wafaa’ Yusof, Dr.
Keywords: Murder (Islamic law)
Infanticide -- Law and legislation -- Malaysia
Infanticide -- Religious aspects -- Islam
Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Dissertations, Academic -- Malaysia
Issue Date: 30-Aug-2023
Abstract: Kes-kes pembunuhan anak atau dikenali sebagai jenayah infantisid kerap berlaku di Malaysia. Jenayah ini kebiasaannya dikaitkan dengan perbuatan meroyan para ibu dalam tempoh berpantang. Namun, laporan kes mahkamah berkaitan infantisid amat jarang ditemui berbanding dengan hebahan melalui media massa. Sebagai contoh, kes seorang remaja perempuan berusia 15 tahun yang disyaki menikam mati bayi lelakinya dituduh di bawah seksyen yang berbeza daripada peruntukan yang khusus buat ibu yang membunuh anaknya sendiri iaitu diklasifikasikan mengikut Seksyen 309A Kanun Keseksaan dan bukannya Seksyen 302 akta yang sama. Justeru itu, kepelbagaian konsep infantisid dan kesamaran peruntukan undang-undang yang dikuatkuasakan serta ketidakjelasan prosiding pendakwaan kes ini di Malaysia menyebabkan kedudukan pelaku jenayah ini agak kabur. Kedudukan jenayah ini juga tidak jelas menurut hukum syarak. Rentetan itu, objektif kajian ini adalah untuk mengenal pasti konsep infantisid menurut syarak dan undang-undang Malaysia, Seterusnya, kajian ini bertujuan untuk menganalisis konsep gila, meroyan dan infantisid menurut hukum syarak dan menganalisis sejauhmana pendakwaan undang-undang Infantisid di Malaysia. Kajian ini berbentuk kualitatif dengan reka bentuk kajian kes dan kajian perbandingan. Pengumpulan data dilakukan melalui analisis dokumen dan temu bual separa struktur pihak-pihak yang berautoriti. Hasil kajian mendapati definisi infantisid adalah pembunuhan bayi oleh ibunya yang belum pulih sepenuhnya daripada sakit semasa mengandung, sakit selepas bersalin, laktasi (menyusu) dan menderita gangguan mental. Berdasarkan definisi ini, peruntukan yang boleh digunakan untuk menuduh ibu yang membunuh anak adalah peruntukan di bawah seksyen 309A Kanun Keseksaan dan bukan seksyen 302 Kanun Keseksaan. Menurut hukum syarak dia tidak akan disabitkan serta tidak dihukum qisas tetapi dia perlu membayar diyat daripada hartanya sendiri kerana perbuatannya dikira sebagai qatl khoto’. Walau bagaimanapun pembelaan tidak boleh dilakukan menggunakan seksyen 84 Kanun Keseksaan kerana ketika perbuatan infantisid tersebut dilakukan, pengetahuan pelaku terhadap kesalahan tindakan itu masih wujud. Kajian ini memberi implikasi kepada pihak yang berautoriti untuk digunakan bagi pendakwaan kes infantisid. Sekaligus dapat memberikan keadilan yang selayaknya buat tertuduh.
Pages: 140
Call Number: BP158.M84A436 2023 tesis
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
Infantisid menurut islam dan perundangan di Malaysia.pdf
  Restricted Access
Full-text2.53 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.