Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/772812
Title: | Kefahaman ketua keluarga terhadap pelaksanaan zakat harta tanggungan |
Authors: | Norliyana Izzati Mohd. Nazri (PP104193) |
Supervisor: | Hasanah Abd Khafidz, Dr. |
Keywords: | Zakat Heads of households Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations Dissertations, Academic -- Malaysia |
Issue Date: | 15-Sep-2023 |
Abstract: | Zakat harta tanggungan wajib ditunaikan oleh ketua keluarga sekiranya mencukupi syarat tertentu termasuklah syarat hawl dan nisāb. Pelaksanaan zakat harta ditunaikan tanpa mengira status seperti anak kecil, orang dewasa, orang kelainan upaya (OKU) dan sebagainya. Ketua keluarga mempunyai tanggungjawab besar dalam memastikan segala ajaran Islam dilaksanakan dengan baik oleh tanggungan mereka kerana zakat terkandung dalam rukun Islam yang disyariatkan kepada setiap individu Muslim. Namun, terdapat beberapa permasalahan kajian berkaitan iaitu masih terdapat ramai dalam kalangan ketua keluarga yang tidak mempunyai kefahaman yang baik tentang pelaksanaan zakat harta tanggungan dan beranggapan bahawa pelaksanan zakat harta adalah hanya sunat dan wajib untuk ditunaikan. Persoalan kajian ini ingin melihat sejauh mana kefahaman zakat harta tanggungan oleh para ketua keluarga hari ini. Kajian ini dijalankan untuk mengkaji kefahaman dan pelaksanaan zakat harta tanggungan oleh ketua keluarga dan persepsi ketua keluarga terhadap hikmah pelaksanaan zakat harta tanggungan. Kajian ini dijalankan dengan menggunakan kaedah kuantitatif dengan mengedarkan borang soal selidik. Soal selidik dibuat menggunakan Google Form dan diedarkan kepada responden ketua keluarga iaitu seramai 400 orang dan mengedarkannya sekitar Kota Bharu. Hasil kajian ini mendapati bahawa secara keseluruhannya, ketua keluarga di Kota Bharu memahami tentang pelaksanaan zakat harta tanggungan pada tahap yang memuaskan dan pelaksanaannya masih tidak mencapai pada tahap optimum sejajar dengan kefahaman. Namun, persepsi ketua keluarga terhadap hikmah pelaksanaan zakat harta tanggungan dilihat tinggi kerana majoritinya memberi jawapan yang positif berbanding negatif. Berikutan dengan kajian ini, disarankan kepada pihak lembaga zakat mengadakan program secara berkala yang dapat memberikan pendedahan secara mudah dan jelas kepada para ketua keluarga berkaitan zakat harta tanggungan. |
Pages: | 144 |
Call Number: | BP180.N637 2023 tesis |
Publisher: | UKM, Bangi |
Appears in Collections: | Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
Kefahaman ketua keluarga terhadap pelaksanaan zakat harta tanggungan.pdf Restricted Access | Full-text | 3.42 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.