Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/772809
Title: Peranan dan sumbangan Mohd Daud Bakar dalam kewangan Islam
Authors: Othman Sahalan (P97485)
Supervisor: Muhammad Adib Samsudin, Dr.
Zaini Yahaya, Dr.
Keywords: Mohd. Daud Bakar, Tan Sri -- Views in Islamic finance
Finance -- Religious aspects -- Islam
Businessman -- Malaysia -- Biography
Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Dissertations, Academic -- Malaysia
Issue Date: 17-Aug-2023
Abstract: Penasihatan syariah adalah bidang sokongan penting dalam kewangan Islam. Bidang ini telah bermula dengan pelantikan individu tertentu yang mempunyai kelayakan dalam bidang syariah dan kewangan Islam oleh institusi kewangan Islam. Setelah berlalu beberapa dekad, ia telah melahirkan ramai cendekiawan syariah yang telah berperanan dalam pembangunan dan kemajuan kewangan Islam sama ada di Malaysia mahupun peringkat antarabangsa. Walau bagaimanapun, peranan penasihat syariah secara individu adalah terhad dan terbatas berbanding keperluan sebenar industri. Sehubungan dengan itu, penubuhan firma penasihatan syariah adalah perlu dalam memastikan bidang ini sentiasa relevan dan praktikal. Penubuhan firma penasihatan syariah yang dipelopori oleh tokoh yang mempunyai pemikiran fiqh yang dinamik telah terbukti merancakkan lagi persaingan dalam industri ini. Beliau ialah Mohd Daud Bakar yang menduduki tempat keenam dalam kalangan 10 orang cendekiawan kewangan Islam dunia menurut Global Islamic Finance Report 2015. Beliau juga merupakan penerima Anugerah Diraja Kewangan Islam bagi tahun 2022. Justeru, kajian ini dijalankan bagi mengsintesis latar belakang dan biografi Mohd Daud Bakar sebagai tokoh kewangan Islam yang tersohor. Ia juga bertujuan menganalisis peranan dan sumbangan Amanie Advisors dalam kewangan Islam di Malaysia dan peringkat antarabangsa. Dalam masa yang sama, kajian ini turut menganalisis kerangka pemikiran fiqh Mohd Daud Bakar dalam kewangan Islam dan penasihatan syariah. Kajian ini berbentuk kualitatif dan menggunakan temu bual dan analisis kandungan sebagai sumber pengumpulan data. Data dianalisis secara naratif dan deskriptif. Kajian ini penting sebagai sumbangan dalam kajian ketokohan dalam bidang penasihatan syariah dalam kewangan Islam. Hasil kajian mendapati bahawa Mohd Daud Bakar merupakan tokoh yang memiliki keupayaan, karisma dan kredibiliti yang layak diangkat sebagai ikon dalam bidang kewangan Islam sama ada di Malaysia mahupun seluruh dunia. Kejayaan beliau mentransformasikan bidang keusahawanan syariah daripada hanya bersifat individu kepada sebuah firma telah mengubah lanskap bidang ini secara keseluruhannya. Inovasi yang diterjemahkan melalui penubuhan Amanie Advisors telah diiktiraf pelbagai pihak dan telah merangkul pelbagai anugerah sama ada di peringkat kebangsaan mahupun antarabangsa. Tuntasnya, kajian ini telah menyumbang kepada kajian ketokohan dan pemikiran dalam bidang kewangan Islam dan pembinaan konsep keusahawanan syariah yang telah meletakkan Malaysia sebagai rujukan utama dalam industri kewangan Islam. Tokoh ini juga telah meletakkan satu penanda aras dalam industri penasihatan syariah yang menjadi ikutan dan terbukti melalui penubuhan pelbagai firma penasihatan syariah di Malaysia yang diiktiraf di peringkat antarabangsa.
Pages: 283
Call Number: HG187.4.O866 2023 tesis
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
Peranan dan sumbangan Mohd Daud Bakar dalam kewangan islam.pdf
  Restricted Access
Full-text2.61 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.