Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/772808
Title: Pengurusan baitulmal terhadap tuntutan ahli keluarga non-Muslim ke atas harta pusaka mualaf
Authors: Sofiyyah Mohd. Suhaimin (P107152)
Supervisor: Md Yazid Ahmad, Dr.
Keywords: Inheritance and succession (Islamic law)
Charitable uses, trusts, and foundations (Islamic law)
Muslim converts
Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Dissertations, Academic -- Malaysia
Issue Date: 11-Sep-2023
Abstract: Keperluan hidup yang semakin tinggi menyebabkan berlaku tuntutan ahli keluarga non-muslim ke atas harta pusaka mualaf di baitulmal. Perkara ini bukan lagi isu terpinggir kerana tuntutan seumpamanya berlaku kepada hampir semua baitulmal di Malaysia. Namun harta pusaka mualaf yang mempunyai ahli keluarga non-muslim menjadi harta terhak baitulmal kerana perbezaan agama antara si mati mualaf dan ahli keluarganya yang non-muslim. Objektif kajian ini ialah mengenal pasti kedudukan pengurusan baitulmal dari perspektif Islam terhadap tuntutan ahli keluarga non-muslim ke atas harta pusaka mualaf, mengkaji isu isu pengurusan baitulmal berhubung tuntutan tersebut di Malaysia dan menganalisis pendekatan penyelesaian baitulmal bagi menangani perkara ini. Kajian Kualitatif ini menggunakan reka bentuk analisis dokumen. Metod pengumpulan data adalah berdasarkan analisis dokumen dan temu bual separa struktur terhadap para informan yang terdiri daripada pegawai-pegawai baitulmal, Majlis Agama Islam Negeri yang terlibat secara langsung dalam proses tuntutan ahli keluarga non-muslim ke atas harta pusaka mualaf. Data kualitatif ini dianalisis menggunakan pendekatan deskriptif dan deduktif di samping penggunaan ATLAS-ti 2022 untuk kaedah tematik. Hasil dapatan kajian ini menunjukkan bahawa siyāsah al-sharc iyyah menjadi landasan teori bagi keharusan baitulmal menyantuni tuntutan ahli keluarga non-muslim dengan menyumbang sebahagian kecil sumber baitulmal yang menepati justifikasi yang telah ditentukan. Selain itu, terdapat tiga pendekatan yang diterapkan oleh baitulmal dalam menyantuni tuntutan ahli keluarga non-muslim ke atas harta pusaka mualaf iaitu pendekatan dakwah bi al-hal, pendekatan tasamuh dan pendekatan syura. Implikasi kajian ini boleh dijadikan kajian rintis kepada pihak pengurusan baitulmal dalam menyantuni tuntutan ahli keluarga non-muslim ke atas harta pusaka mualaf.
Pages: 186
Call Number: BP158.I45S664 2023 tesis
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Education / Fakulti Pendidikan

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
Pengurusan baitumal terhadap tuntutan ahli keluarga non-muslim ke atas harta pusaka mualaf.pdf
  Restricted Access
Full-text4.98 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.