Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/772806
Title: Metodologi penulisan hadis Sheikh Abdul Qadir Al-Mandili dalam kitab Anak Kunci Syurga
Authors: Muhammad Al Firdaus Awang Kesah (P89964)
Supervisor: Fadlan Mohd Othman, Dr.
Latifah Abdul Majid, Prof. Madya Dr.
Keywords: al-Mandili, 'Abd al-Qadir ibn 'Abd al-Mutalibi -- Anak kunci syurga
Hadith -- Criticism, Textual
Hadith -- Language, style
Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Dissertations, Academic -- Malaysia
Issue Date: 20-Jan-2023
Abstract: Sheikh Abdul Qadir al-Mandili merupakan salah seorang ulama Nusantara yang mengajar di Masjid al-Haram. Beliau juga antara ulama yang produktif dalam menghasilkan karya penulisan yang meliputi pelbagai bidang dalam keilmuan Islam. Di antara keistimewaan karyanya ialah dimasukkan dalil khususnya hadis Nabi S.A.W sebagai sandaran utama terhadap sesuatu isu yang dikemukakan. Oleh itu, kajian ini mengetengahkan metodologi penulisan hadis yang diaplikasikan oleh Sheikh Abdul Qadir al-Mandili dalam karyanya dengan dikhususkan kepada kitab Anak Kunci Syurga. Pemilihan kitab ini secara khusus adalah kerana terdapat banyak hadis di dalamnya yang mencapai 304 hadis Nabi S.A.W. Kajian ini bertujuan untuk menganalisis metodologi penulisan hadis yang digunakannya merangkumi metode penulisan sanad, matan, terjemahan, sumber dan status hadis. Kajian ini turut mengkaji sejauh mana penguasaan beliau dalam bidang hadis berdasarkan hadis-hadis yang tidak dinyatakan status. Selain itu, kajian juga bertujuan mengemukakan hadis solusi bagi hadis mardūd. Oleh yang demikian, analisis takhrīj dilakukan dalam kajian ini dengan memilih sebanyak 52 hadis daripada 102 yang tidak mempunyai status. Reka bentuk dalam kajian ini ialah menggunakan metode kualitatif. Maklumat terkumpul diperoleh melalui pembacaan terhadap data primer iaitu kitab Anak Kunci Syurga serta kitab-kitab berkaitan samada kitab hadis atau lainnya, seterusnya dianalisis secara induktif, deduktif dan takhrīj. Hasil kajian mendapati bahawa beliau menggunakan metode yang pelbagai dalam menulis hadis. Dapatan daripada analisis takhrīj menunjukkan bahawa hadis yang dikemukakan hampir keseluruhannya diterima iaitu sebanyak 42 hadis (81%) dinilai maqbūl. Manakala baki sebanyak 10 (19%) hadis dikategorikan sebagai mardūd. Justeru, berdasarkan hasil tersebut, kajian ini menyimpulkan bahawa beliau mempunyai ketokohan dalam bidang hadis. Kajian ini secara tidak langsung telah memberikan sumbangan mengenai kitab hadis Nusantara kepada para pengkaji khususnya dan masyarakat secara umumnya.
Pages: 224
Call Number: BP136.36.M834 2023 tesis
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
Metodologi penulisan hadis sheikh abdul kadir al-mandili dalam kitab anak kunci syurga .pdf
  Restricted Access
Full-text3.81 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.