Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/772787
Title: Pencirian kata kerja tak akusatif dan tak ergatif dalam Bahasa Melayu
Authors: Mughni Murni Bustaman (P74886)
Supervisor: Maslida Yusof, Prof. Madya Dr.
Keywords: Malay language -- Study and teaching
Grammar, Comparative and general -- Verb phrase
Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Dissertations, Academic -- Malaysia
Issue Date: 5-Sep-2023
Abstract: Kata kerja tak akusatif dan tak ergatif merupakan subkelas kata kerja tak transitif. Kedua-dua subkelas kata kerja tak transitif ini kelihatan sama pada tahap permukaan tetapi mempunyai representasi semantik yang berbeza. Kajian ini bertujuan untuk membezakan kedua-dua kelas kata kerja tak transitif ini. Kajian ini bersifat kualitatif deskriptif yang bertujuan untuk meneliti dan menerangkan perbezaan subkelas kata kerja tak transitif. Untuk membezakan subkelas kata kerja tak transitif dalam bahasa Melayu, kajian ini menggunakan teori Role and Reference Grammar yang terdiri daripada ujian Aktionsart serta satu ujian Diagnostik tak akusatif (Unaccusative diagnostics) yang dicadangkan oleh Levin dan Rappaport sebagai asas iaitu ujian penghasilan. Kajian ini juga selanjutnya, mencadangkan ujian diagnostik khusus untuk bahasa Melayu bagi membezakan kedua-dua subkelas kata kerja tak transitif. Empat ujian diagnostik yang digunakan untuk membezakan kedua-dua kelas kata kerja tak transitif ialah ujian agentiviti, ujian titik penamat, ujian penghasilan dan ujian kausatif (meN-kan). Gabungan ujian diagnostik ini diuji kepada lima kelas kata kerja yang dipilih iaitu kelas kata kerja cara gerak ‘golek’, cara gerak ‘lari’, proses badan, pelepasan bunyi dan cuaca. Data bagi ayat-ayat contoh yang diuji diambil daripada pangkalan data korpus bahasa Melayu Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP). Hasil kajian mendapati kata kerja tak akusatif berbeza daripada kata kerja tak ergatif dari segi perkara berikut iaitu kata kerja tak akusatif tidak boleh menerima adverba dinamik ‘dengan penuh semangat’ kerana lakuan yang tidak boleh dikawal oleh subjek’, boleh menghasilkan sesuatu keadaan, mempunyai titik penamat dan tidak boleh menerima imbuhan meN-kan. Kajian ini juga mendapati ada sebahagian kata kerja tak ergatif dalam bahasa Melayu yang boleh beralternasi menjadi kata kerja tak akusatif yang disebabkan oleh dua faktor iaitu pertukaran valensi dan titik penamat [preposisi arah + lokasi]. Secara keseluruhannya, melalui ujian diagnostik yang dicadangkan, kajian ini dapat menjelaskan perbezaan antara kata kerja tak akusatif dengan kata kerja tak ergatif dalam bahasa Melayu dengan lebih jelas dan berpada yang secara tidak langsung dapat menunjukkan tingkah laku kata kerja bahasa Melayu dari segi semantik.
Pages: 277
Call Number: PL5105.M834 2023 tesis
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
Pencirian kata kerja tak akusatif dan tak ergatif dalam bahasa melayu.pdf
  Restricted Access
Full-text4.98 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.