Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/772771
Title: Penaksiran biopenanda pendedahan, kerentanan dan kesan genotoksik benzena di kalangan pekerja petrokimia
Authors: Mokhtar Sabtu (P56308)
Supervisor: Salmaan Hussain Inayat-Hussain, Prof. Dr.
Chan Kok Meng, Dr.
Keywords: Benzene -- toxicity
Occupational Exposure -- adverse effects
Risk Factors
Dissertations, Academic -- Malaysia
Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Issue Date: 21-Jan-2013
Abstract: Benzena adalah komponen semulajadi minyak mentah dan bahan penting bagi pelbagai produk petrokimia. Proses pengeluaran benzena di kemudahan loji petrokimia merupakan sistem tertutup dengan risiko pendedahan pekerjaan yang rendah kepada benzena. Walau bagaimanapun, terdapat potensi pendedahan benzena semasa pemberhentian berkala disebabkan pelepasan bahan kimia ini semasa kerja kerja penyelenggaraan. Kajian ini telah dijalankan bagi menafsir biopenanda pendedahan, kerentanan dan kesan genotoksik dan hubungkaitnya dikalangan pekerja loji petrokimia semasa pemberhentian berkala. Sampel darah digunakan bagi menentukan tahap kerosakan DNA dan status polimorfik NQO1 manakala air kencing diambil bagi menentukan kandungan SPMA dan 8-OHdG. Sampel darah dan air kencing diperoleh daripada 38 pekerja sebelum dan selepas waktu bekerja. Pemonitoran udara individu telah dijalankan berdasarkan Kaedah NIOSH 1501 dan sampel telah dihantar ke makmal yang bertauliah untuk analisis benzena. Hasil pemonitoran udara menunjukkan bahawa tahap benzena dalam sampel udara adalah kurang daripada Tahap Pendedahan yang Dibenarkan (PEL) iaitu 0.5 ppm. Manakala terdapat peningkatan sebanyak 2.1 kali ganda biopenanda pendedahan iaitu asid S-fenilmerkapturik (SPMA) dalam air kencing pekerja yang ditafsirkan oleh ELISA. Terdapat 18 daripada 35 pekerja yang mempunyai tahap SPMA selepas waktu kerja lebih tinggi berbanding data sebelum waktu kerja. Secara khususnya, 6 pekerja menunjukkan tahap SPMA melebihi Indeks Pendedahan Biologi (25μg/g kreatinin). Bagi pekerja yang merokok, terdapat peningkatan sebanyak 2.1 kali ganda tahap kerosakan bebenang DNA seperti yang ditafsir menggunakan Asai Komet manakala peningkatan bes teroksida (8-OHdG) adalah 1.1 kali ganda yang diukur menggunakan ELISA. Walau bagaimanapun, bukan perokok menunjukkan peningkatan secara statistik yang signifikan bagi tahap 8-OHdG (1.3 kali ganda) (p0.05). Satu korelasi yang kuat antara SPMA dan 8-OHdG (r=0.709, p<0.05) telah diperhatikan dalam data selepas waktu bekerja bagi bukan perokok. Penilaian lanjut terhadap polimorfisme NQO1 berdasarkan PCR-RFLP menunjukkan bahawa 73.7 % pekerja terdiri daripada 17 orang Melayu, 7 orang India dan 4 orang pekerja Cina adalah polimorfik terhadap NQO1 (*1/*2). Terdapat peningkatan secara serentak dalam pengekspresan mRNA NQO1 dan pengekspresan mRNA fau dalam pekerja mencadangkan peranan yang mungkin bagi fau dalam mengawal selia biopenanda kerentanan. Kesimpulannya, 28 pekerja adalah polimorfik untuk NQO1 manakala 6 orang pekerja telah disahkan terdedah kepada benzena semasa pemberhentian berkala. Manakala terdapat korelasi positif dalam kumpulan bukan perokok antara tahap 8-OHdG dan SPMA bagi pekerja yang terdedah. Kajian lanjut secara mekanistik diperlukan untuk memahami peraturan Fau bagi pengekspresan NQO1 dalam pekerja terdedah benzena.
Pages: 88
Call Number: QU20.M716p 2013 9HUKMPRA tesis
Publisher: UKM, Kuala Lumpur
Appears in Collections:UKM Medical Molecular Biology Institute / Institut Perubatan Molekul (UMBI)

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
Penaksiran biopenanda pendedahan, kerentanan dan kesan genotoksik benzena di kalangan pekerja petrokimia.pdf
  Restricted Access
Partial1.27 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.