Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/772590
Title: | Pembinaan keupayaan melayu dalam arus globlisasi : anjakan paradigma budaya politik melayu |
Authors: | Ahmad Nidzamuddin Sulaiman Zaini Othman Jamaie Hamil Suzanna Mohamed Isa |
Editors: | Nidzam Sulaiman Nor Hashimah Jalaluddin |
Conference Name: | Prosiding Seminar Kebangsaan Arus Perdana II, Pembinaan Keupayaan Melayu Dalam Arus Globalisasi |
Keywords: | Politik melayu Budaya Kajian |
Conference Date: | 2003-07-30 |
Conference Location: | Pusat Komputer, UKM |
Abstract: | Budaya politik Melayu sedang mengalami transformasi. Kalau sifatnya dahulu feudal dengan ciri agraria, penaung-dinaung, non-political, setia dan submissive kini keadaannya sudah banyak berubah. Kehadiran penjajah yang membawa pendidikan dan sistem politik barat telah mengimpak perubahan walau tidak menyeluruh. Ide, kebebasan, contestation dan demok.rasi mula berkembang. Kemunculan sistem ekonomi kapitalisme serta tuntutan pasaran, dan kehadiran imigran telah banyak memberi impak kepada budaya politik Melayu. Meskipun demikian budaya politik feudal ini tidak berubah secara langsung kepada politi yang demokratik, bebas dan sivil, sebaliknya melahirkan satu bentuk politi bersifat neo-feudal. Pemikiran neo-feudal lebih merupai campuran budaya feudal dan moden - telah mendominasi pemikiran politik Melayu sejak dari awal kemerdekaan. Unsur kesetiaan dan penaung-dinaung masih ketara, cuma kalau dahulu kepada raja dan bangsawan kini telah beralih kepada elit politik dan birokrat. Perkembangan mutakhir telah menampakkan anjakan transformasi itu tetapi masih belum juga menyeluruh. Faktor globalisasi, kesan ledakan /. T dan perkembangan di negara jiran telah memberi suatu dorongan kepada pemikiran yang lebih berani, progresif, kompetitif dan sivil yang dapat diklasifikasikan sebagai chapter baru di dalam politik Melayu. Unsur ketelusan, good governance, akauntabiliti, anti korupsi, kepentingan hak asasi dan sebagainya seperti yang dituntut di peringkat global mula mendapat tempat. Budaya politik Melayu terus beranjak. Kajian ini cuba menggarap transformasi budaya politik ini dan berhasrat untuk menjelaskan tahap-tahap perubahan, faktor-faktor, rintangan-rintangan, prospek dan arah tujunya. Data dari perpustakaan, soal selidik yang dicema melalui SPSS dan maklumat temubual telah banyak memberi input kepada analisis ini yang kemudian melahir penemuan yang menarik untuk diperdebat. |
Pages: | 25-81 |
Call Number: | DS595.2.M3.S427 2003 sem |
Publisher: | Institut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA) |
Appears in Collections: | Seminar Papers/ Proceedings / Kertas Kerja Seminar/ Prosiding |
Files in This Item:
There are no files associated with this item.
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.