Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/772491
Title: Model nilai cipta-sama e-pembelajaran TVET
Authors: Eliza Annis Thangaiah (P97181)
Supervisor: Ruzzakiah Jenal, Dr.
Jamaiah Yahaya, Prof. Madya. Dr.
Keywords: Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Dissertations, Academic -- Malaysia
E-learning
Issue Date: 2-May-2022
Abstract: E-pembelajaran merupakan satu pelantar pembelajaran yang menyediakan kemudahan pembelajaran bagi pengguna dengan dilengkapi dengan pelbagai penggunaan teknologi terkini seiring dengan peredaran masa. Kini, e-pembelajaran adalah satu sistem yang penting kepada institusi pendidikan. Bagi mengekalkan penggunaan yang tinggi dan sentiasa menarik perhatian pengguna, kajian yang mengambil kira elemen tidak ketara (intangible) seperti konsep nilai cipta-sama (value co-creation) dalam membangunkan model e-pembelajaran harus dikaji. Nilai cipta-sama adalah koleksi nilai yang wujud ketika penggunaan sesuatu produk atau perkhidmatan. Hasil kajian daripada soroton kajian menunjukkan bahawa kajian daripada sudut nilai adalah kurang berbanding kajian yang menonjolkan elemen teknikal atau elemen ketara. Akibatnya, e-pembelajaran yang tersedia tidak digunakan seperti sepatutnya, yang menunjukkan kurangnya nilai cipta-sama antara pengguna. Oleh itu objektif pertama kajian adalah untuk mengkaji cara konsep nilai cipta-sama boleh diterapkan dalam pembangunan e-pembelajaran. Objektif kedua adalah untuk membangunkan alat untuk mengenalpasti atribut (fitur) dan nilai kritikal e-pembelajaran dan objektif ketiga adalah untuk membangunkan dan mengesahkan model yang dibangunkan. Pendekatan secara analisis konseptual terhadap sorotan kajian dalam bidang sistem e-pembelajaran, nilai cipta sama dan sains perkhidmatan digunakan untuk menghasilkan model. Metodologi kajian ini bermula dengan kajian kes yang tertumpu kepada pelajar dan pengajar (aktor) di Institusi Vokasional di Malaysia. Kajian menggunakan teknik laddering bagi mengenalpasti nilai cipta-sama dengan berpandukan prinsip Service Dominant Logic, Teori Rantaian Means-End dan Senarai Nilai. Data yang diperolehi daripada teknik laddering dianalisis menggunakan alat yang dibangun iaitu APT Data Laddering Col&Cal. Data juga disahkan dengan perisian LadderUX dan seterusnya digunakan untuk menghasilkan Peta Nilai Hierarki. Hasil daripada analisis Peta Nilai Hierarki dan pengesahan bersama pakar membentuk komponen bagi model yang dibangunkan. Model nilai cipta-sama e-pembelajaran (NCS_EPel) yang dihasilkan menunjukkan nilai yang mendorong pengajar dan pelajar dalam menggunakan e-pembelajaran adalah kegembiraan, keseronokan dan kenikmatan hidup, rasa kepunyaan, rasa pencapaian, hubungan baik dengan orang lain, kepuasan diri, bertanggungjawab, membantu dan gaya hidup berkualiti melalui empat sumber nilai pada pelantar iaitu interaksi, pengayaan, persekitaran dan personalisi. Aktor turut berperanan untuk memberi sumbangan pada pelantar e-pembelajaran melalui faktor-faktor nilai guna iaitu penglibatan, sumber (kemahiran dan pengetahuan), pengalaman serta matlamat. Selain itu, kajian juga memberi sumbangan dari segi pembangunan alat laddering yang dipanggil APT Data Laddering Col&Cal yang boleh digunakan untuk pelbagai kajian lain yang mengadaptasikan teknik laddering. Alat ini digunakan untuk membentuk model NCS_EPel di TVET di Malaysia. Dengan itu, model NCS_EPel yang dibangun dapat mengenalpasti keperluan pengguna melalui pengintegrasian sumber nilai daripada pengguna dan mengambil kira keperluan nilai semasa pembangunan pelantar dan bukan hanya tertumpu pada faktor teknikal semata-mata. Model yang dibangun memberi penekanan dari sudut nilai daripada pengguna berbanding kaedah mengenalpasti keperluan fungsi.
Description: Partial
Notes: Tesis ini tidak ada "Perakuan Tesis Sarjana / Doktor Falsafah"
Pages: 322
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Information Science and Technology / Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
P97181 ELIZA ANNIS FULL TESIS 2022.pdf
  Restricted Access
9.89 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.