Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/772433
Title: Mysani: model pemeriksaan metrologi sah bagi perisian alat timbang kenderaan berasaskan komputer universal menggunakan polinomial ditransformasikan
Authors: Muhammad Azwan Ibrahim (P78191)
Supervisor: Zarina Shukur, Prof. Dr.
Keywords: Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Dissertations, Academic -- Malaysia
Electric current converters -- Design and construction
Power electronics
Issue Date: Dec-2021
Abstract: Manipulasi perisian secara tidak sah adalah merupakan isu terbesar dalam sekuriti perisian. Ini tidak terkecuali bagi perisian Alat Timbang Kenderaan (ATK) di bawah kategori Instrumen Timbang Bukan Automatik (NAWI). Beberapa kes telah dilaporkan di ASEAN dan Malaysia khususnya. Penggunaan komputer universal yang mempunyai ciri fleksibiliti dalam sistem ATK membuka ruang yang lebih besar kepada masalah manipulasi. Ini telah mencetuskan kebimbangan kerana di sebalik kecanggihan dan kompleksiti perisian, ketiadaan sistem pemeriksaan yang standard dan berinovasi dalam Metrologi Sah (LM) memburukkan lagi keadaan. Kaedah konvensional pemeriksaan adalah semata-mata berasaskan kepada pemerhatian kepada maklumat sijil bercetak perisian tersebut. Kajian ini mengenal pasti keperluan-keperluan berkaitan dalam LM khusus bagi perisian ATK, mereka bentuk sebuah artifak juga kaedah pemeriksaan baru yang novel. Artifak yang dinamakan Fail Kuasi (QF) ini mengadaptasi pendekatan tandatangan kod hibrid beserta kriptografi kunci awam, menggunakan penyulitan 2048- bit RSA, beserta checksum dengan polinomial ditransformasi sebagai asas kepada pertahanan maklumat pematuhan. Algoritma transformasi polinomial yang dicadangkan terdiri dari bebenang rahsia berserta operasi XOR bagi menyukarkan serangan. Kerangka model penilaian pokok kebarangkalian serangan AtPT digunakan sebagai perkakasan grafikal untuk menilai keberkesanan sekuriti. Walaupun pokok serangan dalam metodologi AtPT ini dianggap efektif dalam analisis sekuriti bidang LM, ia mewarisi kelemahan generik model pokok serangan dalam kajian terdahulu kerana menggunakan teks biasa dalam fungsi pelabelan nod dan juga rekaan pokok serangan masih dianggap sesuatu yang subjektif. Kajian ini turut menambah baik kaedah pemodelan AtPT dengan mengadaptasi notasi formal ke dalam proses rekaan. Rekaan pokok serangan ini kemudiannya dibuktikan menggunakan domain Sistem Peralihan Keadaan Terhad bagi memastikan rekaannya telah dimodel dan diterjemah dengan betul kepada sistem yang dirangka. Kemudiaannya kerangka pengiraan risiko dibina berasaskan model formal rekaan pokok serangan ini dan atribut pemarkahan diperolehi hasil dari tinjauan daripada pakar dalam domain IT. Keputusan menunjukkan skor risiko 1 (terendah) oleh kesemua pakar dan mengesahkan bahawa artifak yang dicadangkan mempunyai ciri keselamatan sangat tinggi. Sebagai tambahan, penilaian keberkesanan kebolehgunaan secara keseluruhan dilakukan oleh lima orang pakar lagi dari domain metrologi bagi mengukur tahap keberkesanan artifak kepada pemeriksaan. Penilaian menggunakan kombinasi soalan tertutup yang mempunyai 5-pin skala Likert dan juga soalan terbuka. Hasil dari penarafan pakar bidang metrologi ini, didapati purata markah 4.00 dari markah keseluruhan 5.00 mengesahkan model ini sangat berkesan digunakan dalam pemeriksaan perisian ATK.
Description: Full-text
Pages: 250
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Information Science and Technology / Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
MySANI - Model Pemeriksaan Metrologi Sah bagi Alat Timbang Kenderaan Berasaskan Komputer Universal Menggunakan Pol~1.pdf
  Restricted Access
5.43 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.