Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/772431
Title: | Kaedah perancangan prabedah osteotomi berdigital menggunakan teknik transformasi untuk pembetulan kecacatan tibia |
Authors: | Norazimah Awang (P68459) |
Supervisor: | Riza Sulaiman, Prof. Ir. Dr. |
Keywords: | Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations Dissertations, Academic -- Malaysia Assisted surgery Virtual reality |
Issue Date: | 2-Dec-2021 |
Abstract: | Perancangan prabedah osteotomi secara konvensional kini mula beralih kepada kaedah digital memandangkan sinar-x yang digunakan untuk menangkap imej juga telah beralih kepada digital. Permasalahan timbul apabila perisian sedia ada tidak dapat digunakan sepenuhnya dalam perisian untuk menyokong prosedur tersebut sehingga memaksa pakar bedah untuk kembali menjalankan proses perancangan prabedah secara konvensional. Terdapat beberapa kajian bagi penghasilan perancangan prabedah secara digital yang telah dicadangkan untuk menyokong perancangan tersebut. Namun, perisian yang diperkenalkan tersebut biasanya didatangkan sekali dengan peralatan yang canggih dan dijual dengan harga yang tinggi dan sukar untuk negara membangun seperti Malaysia untuk memilikinya. Objektif utama kajian ini adalah untuk mereka bentuk teknik transformasi imej digital bagi mendapatkan sudut putaran terbaik untuk pembetulan. Objektif kedua kajian adalah membangunkan aplikasi bagi menvisualkan proses pendigital pra bedah. Manakala objektif terakhir adalah untuk menguji ketepatan dan kebolehpercayaan teknik yang dibangunkan untuk perancangan prabedah osteotomi berdigital. Terdapat empat fasa yang terlibat dalam metodologi kajian ini. Fasa pertama adalah fasa pengumpulan maklumat berdasarkan bahan bercetak dan elektronik dan juga soal selidik. Fasa kedua adalah menganalisis data yang diperoleh ke dalam bentuk yang lebih informatif. Seterusnya fasa ketiga ialah rekabentuk dan pembangunan. Fasa keempat, iaitu pengujian dan penilaian yang bertujuan untuk mengenalpasti keberkesanan teknik yang dibangunkan. Tiga pegawai perubatan (penilai) terlibat dalam pengujian kebolehpercayaan (korelasi intra-kelas) dalam pencarian titik dan sudut CORA menggunakan perisian MedWeb (Dicom), OsteoAid (Dicom dan Jpeg). Nilai skor min sudut pembetulan terhadap setiap penilai adalah pada tahap yang cemerlang menggunakan perisian MedWeb: 0.989 (intra-penilai1), 0.982 (intra- penilai 2) dan 0.972 (intra- penilai 3). Skor untuk setiap penilai bagi OsteoAid (Dicom) juga adalah cemerlang: 0.949, 0.987 dan 0.986 masing-masing. Begitu juga skor pada setiap penilai untuk OsteoAid (Jpeg) juga turut cemerlang: 0.904, 0.928 dan 0.962 masing-masing. Kebolehpercayaan inter-penilai bagi sudut pembetulan adalah 0.820, 0.979 dan 0.972 (p<0.001) masing-masing untuk setiap perisian. Penemuan utama kajian ini adalah bahawa perisian baru (OsteoAid) menunjukkan kebolehpercayaan yang sangat baik dan konsistensi yang baik dalam perancangan pra operasi dalam mencari CORA dan sudut pembetulan. Sumbangan utama kajian ialah ia membolehkan pakar bedah menentukan titik dan sudut terbaik sebelum memutarkan tulang panjang bagi mendapatkan hasil yang paling memuaskan. Sumbangan daripada teknik yang kedua ialah sebahagian imej adalah pegun, manakala sebahagian imej lagi diputarkan dan ianya berdasarkan titik pertemuan tadi dan mengikut darjah yang telah dikehendaki. Di sini, pakar bedah dapat melihat hasil visual perancangan tersebut tanpa mengambil risiko pembedahan akan datang. Untuk meningkatkan kajian ini pada masa akan datang, penyelidik mencadangkan agar teknik kedua dapat dipertingkatkan di mana ianya boleh diputarkan berdasarkan kepada kehendak pengguna, bukan sekadar berdasarkan titik pertemuan dua garis lurus sahaja. Kajian ini penting bagi memudahkan kerja pakar bedah dalam menjalankan perancangan prabedah osteotomi dengan lebih tepat dan efisyen, selain mengelakkan kesilapan pada proses intrabedah dan seterusnya memberi kesan kepada pascabedah. |
Description: | Full-text |
Pages: | 250 |
Publisher: | UKM, Bangi |
Appears in Collections: | Faculty of Information Science and Technology / Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
KAEDAH PERANCANGAN PRABEDAH OSTEOTOMI BERDIGITAL MENGGUNAKAN TEKNIK TRANSFORMASI UNTUK PEM.pdf Restricted Access | 4.88 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.