Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/772411
Title: Model e-pembelajaran bagi kursus hospitaliti dan pelancongan berdasarkan gaya pembelajaran pelajar
Authors: Amiera Syazreen Mohd Ghazali, P72345
Supervisor: Siti Fadzilah Mat Noor, Dr.
Keywords: Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Dissertations, Academic -- Malaysia
Issue Date: 20-Jan-2019
Abstract: Di dalam teori pembelajaran, setiap pelajar mempunyai cara berbeza dalam proses menerima dan memahami maklumat yang diperolehi. Ketidaksesuaian gaya pembelajaran para pelajar akan memberi kesan kepada kualiti pembelajaran dan tahap motivasi terhadap kursus yang diambil. Oleh itu, pendekatan kaedah pembelajaran yang sesuai perlu diwujudkan bagi menarik minat pelajar. Perkara ini penting dalam membantu pelajar bagi menguasai sesuatu kursus tersebut sebelum pelajar menempuh alam pekerjaan. Kursus hospitaliti dan pelancongan terutamanya, memerlukan bahan pembelajaran sokongan selain bahan pembelajaran di dalam kelas. Kursus ini memerlukan kekuatan dari segi akademik dan juga praktikal bagi melahirkan pelajar yang seimbang. Walau bagaimanapun, kursus ini kurang diberi tekanan terutamanya dari segi akademik kerana ramai beranggapan kursus ini hanya melibatkan praktikal semata-mata dalam melahirkan graduan yang berpotensi tinggi. Oleh itu, kajian ini memfokus kepada penyesuaian gaya pembelajaran dengan gaya pembelajaran majoriti pelajar iaitu berdasarkan model gaya pembelajaran Felder-Silverman. Indeks gaya pembelajaran (Index Learning Style) oleh Felder dan Solomon digunakan bagi mendapatkan gaya pembelajaran pelajar. Berdasarkan indeks yang diperolehi, satu kerangka model E-Pembelajaran disediakan sebagai panduan untuk menyediakan bahan pembelajaran yang sesuai bertepatan dengan gaya pembelajaran majoriti pelajar. Hasil daripada gabungan gaya pembelajaran serta bahan pembelajaran yang menepati majoriti pelajar daripada kursus hospitaliti dan pelancongan ini, diharapkan ianya dapat menarik minat dan meningkatkan prestasi pelajar.
Description: Fulltext
Pages: 106p
Call Number: FTSM
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Information Science and Technology / Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
AMIERA SYAZREEN.pdf
  Restricted Access
1.11 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.