Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/772284
Title: Pengesanan dan perincian parasit Plasmodium spp. pada primat di zoo Melaka dan kampus induk Universiti Kebangsaan Malaysia
Authors: Sam Janeeca Sam Chih Long @ Chek Long (P103528)
Supervisor: Shiela Nathan. Prof.Dr
Keywords: Plasmodium
Primates
Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Dissertations, Academic -- Malaysia
Issue Date: 12-Jul-2023
Abstract: Sejak kebelakangan ini, parasit Plasmodium monyet telah menjadi satu ancaman kepada kesihatan masyarakat pedalaman di negara Malaysia. Beberapa parasit Plasmodium monyet yang teleh dikenalpasti mampu menjangkiti manusia ialah Plasmodium knowlesi, Plasmodium cynomolgi, dan Plasmodium inui. Perubahan pesat terhadap fragmentasi hutan dan landskap telah mengakibatkan peningkatan risiko malaria simian bagi manusia yang tinggal dipinggir hutan atau tinggal berdekatan dengan perumah parasit ini. Bagi menjayakan pelan pembasmian jangkitan wabak malaria pada manusia, kajian terhadap primat bukan manusia adalah perlu kerana mereka boleh menjadi perumah kepada parasit malaria monyet dan manusia. Sebanyak enam puluh satu (61) sampel telah diperolehi dari Zoo Melaka (n=11) dan kawasan kampus UKM Bangi (n=50). Di antara 61 sampel, kera (Macaca fascicularis) merupakan penyumbang sampel tertinggi (n=47; 77%). Kaedah tindak balas rantai polimerase bersarang (Nested PCR) yang menyasarkan gen 18S ribosom RNA (18S rRNA) telah dijalankan untuk mengenal pasti lima spesies Plasmodium monyet (Plasmodium knowlesi, Plasmodium coatneyi, Plasmodium cynomolgi, Plasmodium fieldi, dan Plasmodium inui) dan empat spesies Plasmodium manusia (Plasmodium malariae, Plasmodium ovale, Plasmodium falciparum, dan Plasmodium vivax) dalam sampel darah primat. Pengenalpastian genus Plasmodium pada peringkat awal analisis telah menunjukkan 26 daripada 61 sampel adalah positif Plasmodium (42.6%), dan jangkitan P. knowlesi merupakan jangkitan yang paling lazim (29.50%) didapati di kalangan primat diikuti dengan jangkitan P. inui dan P. cynomolgi (26.23%). Kajian juga mendapati terdapat monyet yang menjadi perumah kepada Plasmodium manusia; P.vivax. Jangkitan Plasmodium tunggal (mono) bersama dengan jangkitan campuran; dwi, bertiga, berempat, dan kesemua lima spesies Plasmodium monyet juga dikesan di kalangan sampel darah. Kesemua sampel Plasmodium positif adalah daripada sampel darah monyet di kampus UKM Bangi, ini juga menunjukkan bahawa jarak antara perumah Plasmodium dan manusia adalah dekat. Hasil kajian ini telah menunjukkan bahawa kera dan beruk merupakan perumah utama bagi Plasmodium monyet yang juga sejajar dengan kajian lepas. Data yang terhasil daripada kajian ini dapat dimanfaatkan oleh PERHILITAN dan Kementerian Kesihatan Malaysia bagi memantau risiko jangkitan malaria monyet dan manusia dikalangan warga UKM dan penduduk sekitar.
Pages: 117
Call Number: QL368.H33. S236 2023 tesis
Appears in Collections:Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
Pengesanan dan perincian parasit plasmodium spp pada primat di zoo Melaka dan kampus induk Universiti Kebangsaan Malaysia.pdf
  Restricted Access
Full-text9.1 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.