Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/772281
Title: Efikasi kendiri dan kompetensi diri guru sains dalam melaksanakan pendidikan alam sekitar (PAS)
Authors: Noorhafizah Sultan (P107294)
Supervisor: Kamisah Osman, Prof. Dr.
Keywords: Teacher effectiveness
Teachers -- Rating of
Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Dissertations, Academic -- Malaysia
Issue Date: 15-Sep-2023
Abstract: Pendidikan Alam Sekitar (PAS) penting dalam membentuk generasi yang berpengetahuan dan komited untuk memelihara alam sekitar. Namun begitu, terdapat perdebatan yang berterusan dalam kalangan sarjana berhubung pelaksanaan PAS dalam kurikulum kebangsaan, iaitu berkenaan kewibawaan guru pelaksana. Sehubungan itu, kajian ini dijalankan bagi mengkaji efikasi kendiri dan kompetensi 385 guru sains dari lima negeri di Malaysia menggunakan kaedah tinjauan. Instrumen soal selidik yang komprehensif dengan 63 item digunakan untuk mengumpul data. Analisis data dilakukan secara deskriptif dan inferensi menerusi ujian korelasi, regresi linear, dan ujian ANOVA sehala. Dapatan kajian menunjukkan bahawa efikasi kendiri guru sains melaksanakan PAS secara merentas kurikulum berada pada tahap sederhana manakala kompetensi mereka berada pada tahap tinggi. Selain itu, ujian korelasi mendapati terdapat hubungan yang positif dan signifikan antara aspek efikasi kendiri dan kompetensi guru. Menerusi analisis regresi linear pula, didapati bahawa efikasi kendiri guru sains memberi pengaruh yang signifikan terhadap kompetensi guru.
Pages: 194
Call Number: LB1025.3.N6368 2023 tesis
Appears in Collections:Faculty of Education / Fakulti Pendidikan

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
Efifikasi kendiri dan kompetensi diri guru sains dalam melaksanakan pendidikan alam sekitar (PAS).pdf
  Restricted Access
Full-text3.63 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.