Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/772276
Title: Penglibatan dan persepsi ibu bapa terhadap aktiviti berkuda murid berkeperluan pendidikan khas pembelajaran
Authors: Norgayah Mohamad Jasid (P109541)
Supervisor: Khairul Farhah Khairuddin, Dr.
Keywords: Special education -- Activity programs
Special education
Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Dissertations, Academic -- Malaysia
Issue Date: 11-Sep-2023
Abstract: Bilangan murid berkeperluan pendidikan khas di Malaysia semakin meningkat setiap tahun. Kekurangan infrastruktur dan tenaga profesional bagi menjalankan intervensi kepada murid yang terlibat menimbulkan pelbagai permasalahan yang bukan sahaja berlaku di peringkat sekolah malahan di luar konteks sekolah. Perkara ini telah menggalakkan ibu bapa untuk mencuba intervensi lain bagi membantu meningkatkan kefungsian anak mereka. Salah satu intervensi yang semakin popular ialah menggunakan haiwan seperti kuda. Intervensi ini telah lama diperkenalkan di negara-negara Barat, namun di Malaysia aktiviti berkuda dilihat sebagai satu aktiviti yang dipelopori oleh golongan elit. Objektif kajian ini adalah mengkaji kepelbagaian penglibatan ibu bapa dalam aktiviti berkuda. Kajian juga meneroka persepsi mereka tentang aktiviti ini dan melihat bagaimana aktiviti berkuda dapat meningkatkan perkembangan diri murid berkeperluan pendidikan khas. Pendekatan kualitatif digunakan iaitu melalui kaedah kajian kes. Sesi temu bual dijalankan bersama tujuh orang peserta iaitu ibu bapa yang mempunyai anak berkeperluan pendidikan khas dan telah mengikuti aktiviti berkuda. Data dianalisis secara tematik dengan bantuan perisian NVivo versi 12. Dapatan kajian menunjukkan bahawa jenis penglibatan ibu bapa murid berkeperluan pendidikan khas ialah penglibatan dalam aspek keibubapaan dan aspek kesediaan untuk menyediakan pembelajaran di rumah kesan daripada aktiviti berkuda. Hasil dapatan juga mendapati persepsi ibu bapa dalam aktiviti berkuda merupakan satu pilihan kepada intervensi sedia ada, pengetahuan ibu bapa yang terhad tentang aktiviti dan aksesibiliti kepada aktiviti masih kurang. Memandangkan aktiviti berkuda sebagai intervensi untuk murid berkeperluan pendidikan khas masih baru di Malaysia, kajian ini diharapkan dapat menyumbang kepada asas pengetahuan dan intervensi baharu kepada murid berkeperluan pendidikan khas
Pages: 108
Call Number: LC4019.N637 2023 tesis
Appears in Collections:Faculty of Education / Fakulti Pendidikan

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
Penglibatan dan persepsi ibu bapa terhadap aktiviti berkuda murid berkeperluan pendidikan khas pembelajaran.pdf
  Restricted Access
Partial1.62 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.