Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/772275
Title: Tahap kesediaan pelajar diploma Kolej Vokasional Pertanian dalam menjalani on-the-job training
Authors: Siti Nur Haslinda Md Saleh (P113635)
Supervisor: Khairul Azhar Jamaluddin, Dr.
Keywords: Employees -- Training of
Occupational training
Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Dissertations, Academic -- Malaysia
Issue Date: 8-Sep-2023
Abstract: Jurang kemahiran graduan di industri adalah antara punca yang menyumbang kepada pengangguran. Oleh yang demikian, program On-the-Job Training (OJT) merupakan salah satu elemen pembelajaran yang terdapat dalam kurikulum diploma KV dalam usaha menyediakan pelajar untuk bekerja di industri. Justeru itu, kajian ini bertujuan untuk: a) mengenal pasti tahap kesediaan pelajar diploma KV pertanian dalam menjalani OJT dari aspek pengetahuan, kemahiran bidang kerja, kemahiran insaniah dan sikap, b) mengenal pasti perbezaan antara aspek pengetahuan, kemahiran bidang kerja, kemahiran insaniah dan sikap dengan jantina pelajar, c) mengenal pasti hubungan antara pengetahuan, kemahiran bidang kerja dan kemahiran insaniah dengan sikap pelajar, dan d) mengenal pasti strategi yang boleh dilaksanakan dalam meningkatkan tahap kesediaan pelajar menjalani OJT. Kajian ini merupakan kajian gabungan yang menggabungkan kajian kuantitatif dan kualitatif. Seramai 132 pelajar diploma daripada lima buah KV pertanian dipilih secara pensampelan rawak bersistematik untuk menjawab soal selidik kajian. Selain itu, seramai enam orang pakar dipilih dari kelompok pakar iaitu pensyarah, pegawai Bahagian Pendidikan Latihan Teknikal dan Vokasional (BPLTV), dan pihak industri untuk ditemu bual. Data kajian kuantitatif dianalisis secara deskriptif dan inferensi menggunakan perisian SPSS versi 28.0. Dapatan analisis deskriptif mendapati tahap kesediaan pelajar diploma KV pertanian bagi aspek yang dikaji adalah berada di tahap sederhana iaitu pengetahuan (M=3.95, SP=0.479), kemahiran bidang kerja (M=3.87, SP= 0.479), kemahiran insaniah (M= 3.77, SP=0.433) dan sikap (M=3.93, SP= 0.448). Seterusnya analisis Ujian-T Bebas mendapati tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara jantina dengan tahap kesediaan pelajar diploma KV pertanian dalam menjalani OJT dari aspek pengetahuan, kemahiran bidang kerja, kemahiran insaniah dan sikap. Walau bagaimanapun hasil analisis korelasi Pearson mendapati terdapat hubungan yang signifikan antara sikap dengan pengetahuan, kemahiran bidang kerja dan kemahiran insaniah. Hasil analisis tematik mendapati strategi yang dicadangkan oleh pakar adalah pengukuhan hubungan antara KV dan industri, penambahbaikan kurikulum dan kaedah PdPc serta pelaksanaan program-program peningkatan khas untuk pelajar OJT. Kesimpulannya, hasil kajian ini akan dapat memberi maklum balas terhadap tahap kesediaan pelajar diploma KV pertanian dalam menjalani OJT dari aspek pengetahuan, kemahiran bidang kerja, kemahiran insaniah dan sikap. Selain itu, dapatan kajian ini dapat membantu pelajar, pensyarah, kolej vokasional, Bahagian Pendidikan Latihan Teknikal dan Vokasional (BPLTV) dan Kementerian Pendidikan Malaysia dalam melaksanakan strategi dan tindakan penambahbaikan bagi meningkatkan tahap kesediaan pelajar diploma KV pertanian dalam menjalani OJT secara holistik.
Pages: 166
Call Number: HF5549.5.T7.S568 2023 tesis
Appears in Collections:Faculty of Education / Fakulti Pendidikan

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
Tahap kesediaan pelajar diploma kolej vokasional pertanian dalam menjalani on-the-job training.pdf
  Restricted Access
Full-text4.69 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.