Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/772269
Title: Language learning strategies for speaking in an online setting:|bgender and learning major differences among polytechnic esl learners
Authors: Nadrah Zainal Abidin (P107856)
Supervisor: Harwati Hashim, Dr.
Keywords: Language and education
Learning strategies
Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Dissertations, Academic -- Malaysia
Issue Date: 2-Jun-2023
Abstract: Strategi pembelajaran bahasa adalah satu elemen yang penting untuk menguasai sesuatu bahasa terutamanya ketika era pandemik COVID 19. Beberapa kajian menunjukkan pembelajaran bahasa tanpa menggunakan strategi adalah tidak efektif dan tidak mencukupi. Kemahiran pertuturan adalah aspek yang paling mencabar dalam penguasaan bahasa, maka, mempelajari kemahiran pertuturan di atas talian adalah sesuatu yang lebih mencabar kepada pelajar ESL and EFL. Kajian ini bermatlamat untuk mengenal pasti penggunaan strategi dalam kemahiran pertuturan dan juga untuk mengenal pasti perbezaan penggunaan strategi pembelajaran bahasa berdasarkan jantina dan bidang dalam pembelajaran di atas talian. Tinjauan strategi pembelajaran bahasa telah di adaptasi dan diubah suai untuk dikelaskan mengikut teras dalam kerangka Community of Inquiry yang berlandaskan kepada konstruk pengajaran, kognitif dan sosial. 387 peserta telah menjawab soal kaji selidik melalui tinjauan yang diberikan melalui pautan borang Google yang diedarkan kepada semua pelajar di dua politeknik di Kuantan, Pahang. Statistical Package for Social Science (SPSS) versi 26 telah digunakan untuk menganalisa data secara diskriptif dan juga Ujian MANOVA sehala. Keputusan kajian menunjukkan bahawa dalam pembelajaran atas talian, pelajar politeknik menggunakan semua strategi pembelajaran bahasa dengan kekerapan yang tinggi dengan strategi sosial sebagai yang paling tinggi dan mengingati sebagai yang strategi yang paling kurang kerap digunakan. Terdapat perbezaan yang signifikan didapati dari segi penggunaan strategi pembelajaran bahasa berdasarkan jantina namun tidak bagi bidang dalam pembelajaran atas talian. Kajian ini dapat menambahkan lagi ilmu pengetahuan berkenaan strategi pembelajaran berdasarkan jantina dan bidang dalam pembelajaran atas talian yang mana ianya dapat membantu guru dan penggubal polisi dalam menambah baik modul pembelajaran atas talian.
Pages: 157
Call Number: P40.8.N333 2023 tesis
Appears in Collections:Faculty of Education / Fakulti Pendidikan

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
Language learning strategies for speaking in an online setting gender and learning major differences among plytechnic esl learners.pdf
  Restricted Access
Full-text2.38 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.