Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/772266
Title: Amalan kepimpinan responsif budaya pengetua dan kompetensif guru program pendidikan inklusif di daerah Kuantan, Pahang
Authors: Norhayati Ohman (P109574)
Supervisor: Mohd Izham Mohd Hamzah, Prof. Madya. Dr.
Keywords: Leadership
School principals
Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Dissertations, Academic -- Malaysia
Issue Date: 24-Aug-2023
Abstract: Keberhasilan murid berkeperluan pendidikan khas (MBPK) melalui program pendidikan inklusif (PPI) turut ditekankan dalam Pelan Pembanggunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025. Pengetua selaku pemimpin utama sekolah perlu mengamalkan gaya kepimpinan yang cakna dan responsif terhadap kepelbagaian latar belakang sosial, kategori dan keupayaan MBPK. Pelaksanaan PPI sering dikaitkan dengan tahap penerimaan, pengetahuan dan stigma negatif pengetua dan guru. Justeru kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti tahap amalan kepimpinan responsif budaya (KRB) pengetua dan hubungannya dengan kompetensi guru PPI di daerah Kuantan, Pahang. Kajian ini menggunakan reka bentuk tinjauan dengan pendekatan kuantitatif. Sampel kajian seramai 341 orang guru sekolah menengah yang melaksanakan PPI di daerah Kuantan, Pahang dipilih secara persampelan rawak. Hasil data dianalisis secara deskriptif dan inferensi menggunakan perisian SPSS versi 25.0. Dapatan kajian menunjukkan keseluruhan tahap amalan KRB pengetua berada pada tahap sangat tinggi (min = 4.42, s.p. = 0.235). Tahap kompetensi guru PPI adalah pada tahap tinggi (min = 4.26, s.p. = 0.334). Hasil Ujian-t menunjukkan tidak terdapat perbezaan signifikan tahap kompetensi guru PPI mengikut jantina. Analisis ujian ANOVA menunjukkan bahawa terdapat perbezaan yang signifikan terhadap tahap kompetensi guru mengikut tempoh perkhidmatan serta lokasi sekolah bandar dan luar bandar. Ujian korelasi Pearson yang dijalankan mendapati terdapat hubungan yang signifikan pada tahap kuat positif antara amalan KRB pengetua dengan tahap kompetensi guru iaitu (r = 0.662, p<0.05). Dapatan kajian dapat menjadi rujukan empirikal kepada Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dalam membuat penambahbaikan modul latihan program Kelayakan Profesional Pemimpin Pendidikan Kebangsaan (NPQEL) dan memperbanyakkan literatur berkaitan amalan KRB dan kompetensi guru PPI. Kesimpulannya, pemimpin sekolah perlu mengamalkan gaya kepimpinan yang sesuai seperti KRB yang peka terhadap kepelbagaian murid di sekolah dan berupaya meningkatkan keberhasilan MBPK serta kejayaan program pendidikan inklusif.
Pages: 188
Call Number: HD57.7.N637 2023 tesis
Appears in Collections:Faculty of Education / Fakulti Pendidikan

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
Amalan kepimpinan responsif budaya pengetua dan kompetensif guru program pendidikan inklusif di daerah kuantan pahang.pdf
  Restricted Access
Full-text11.28 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.