Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/772218
Title: | Pengenalpastian mirna eksosom berkaitan kanser bagi kanser hepatosel berpunca daripada sirosis hati aruhan steatohepatitis tanpa alkohol |
Authors: | Allia Najmie Muhammad Yusuf (P88518) |
Supervisor: | Norfilza Mohd Mokhtar, Prof. Dr. Raja Affendi Raja Ali, Prof. Dr. |
Keywords: | Carcinoma, Hepatocellular Dissertations, Academic -- Malaysia Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations |
Issue Date: | 18-Jan-2021 |
Abstract: | Kanser hepatosel (HCC) merupakan kanser keenam paling kerap berlaku dan juga merupakan penyebab kematian kedua paling lazim akibat kanser di seluruh dunia, di mana sedikit sebanyak berpunca daripada peningkatan kejadian penyakit steatohepatitis tanpa alkohol (NASH). Prevalens NASH yang meningkat berhubung kait dengan peningkatan insiden sindrom metabolik serta obesiti. Pengesanan awal HCC merupakan kunci utama kepada kesudahan yang baik terhadap penyakit ini. Kajian baru-baru ini menunjukkan bahawa miRNA eksosom adalah berpotensi untuk menjadi biopenanda bagi penyakit NASH serta HCC. Oleh itu, kajian ini dijalankan bertujuan untuk menyiasat aras transkripsi calon miRNA terpilih di dalam eksosom, di dalam serum dan juga cecair asites pada pesakit sirosis hati aruhan NASH dengan HCC dan tanpa HCC. MiRNA eksosom yang berpotensi dalam patogenesis NASH ditentukan dan dipilih berdasarkan kajian terdahulu. Eksosom diekstrak terlebih dahulu daripada semua sampel sebelum pengekstrakan RNA total dilakukan terhadap 52 pesakit sirosis hati aruhan NASH dengan HCC (n=26) berbanding dengan sirosis hati aruhan NASH tanpa HCC (n=26). RNA jumlah diekstrak dan transkripsi berbalik dijalankan dengan menggunakan kit miRCURY LNA RT (Qiagen). Tiga miRNA onkogenik iaitu, miR-182, miR-301a dan miR-373 telah dikenal pasti daripada data yang telah diterbitkan dan mempunyai aras pengekspresan yang tinggi di dalam tisu HCC berbanding tisu hati normal. Hasil kajian menunjukkan bahawa aras pengekspresan miR-182, miR-301a dan miR-373 eksosom di dalam serum adalah lebih tinggi secara signifikan pada pesakit sirosis hati aruhan NASH dengan HCC berbanding dengan pesakit sirosis hati aruhan NASH tanpa HCC. Corak yang sama dapat dilihat dalam aras pengekspresan miR-182, miR-301a dan miR-373 eksosom di dalam cecair asites di mana aras pengekspresannya juga lebih tinggi secara signifikan pada pesakit sirosis hati aruhan NASH dengan HCC berbanding dengan pesakit sirosis hati aruhan NASH tanpa HCC. Walau bagaimanapun, kolerasi pengekspresan miRNA eksosom (miR-182, miR-301a dan miR-373) di antara serum dan cecair asites bagi pesakit yang mempunyai HCC adalah lemah. Kesimpulannya, kajian ini mencadangkan bahawa miRNA yang terpilih ini berpotensi untuk menjadi biopenanda UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA kepada perkembangan penyakit HCC yang disebabkan oleh sirosis hati aruhan NASH. |
Pages: | 79 |
Call Number: | QT20.5.A436p 2020 9HUKMPRA tesis |
Publisher: | UKM, Kuala Lumpur |
Appears in Collections: | Faculty of Medicine / Fakulti Perubatan |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
Pengenalpastian mirna eksosom berkaitan kanser bagi kanser hepatosel berpunca daripada sirosis hati aruhan steatohepatitis tanpa alkohol.pdf Restricted Access | Full-text | 3.1 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.