Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/772216
Title: Pengesanan dan pengenotipan Toxoplasma Gondii daripada darah dan susu kambing di Kulai, Johor, Malaysia
Authors: Adibah Mohd Roslan (P70148)
Supervisor: Anisah Nordin, Dr.
Keywords: Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Dissertations, Academic -- Malaysia
Toxoplasma -- physiology
Toxoplasmosis -- diagnosis
Issue Date: 3-Aug-2017
Abstract: Toksoplasmosis adalah jangkitan parasit oportunis Toxoplasma gondii yang kebiasaannya disebarkan daripada kucing sebagai perumah definitif kepada perumah perantaraan yang lain seperti kambing. Toksoplasmosis pada kambing boleh menyebabkan kerugian ekonomi kepada penternak dan pada masa yang sama ia boleh ditularkan kepada manusia. Keterukkan jangkitan dan jenis manifestasi klinikal pada haiwan dan manusia bergantung kepada genotip T. gondii. Pengenotipan strain T. gondii yang menjangkiti kambing belum pernah dilakukan di Malaysia. Oleh itu, kajian ini dijalankan bagi menentukan seroprevalens terkini dan mengenalpasti jenis genotip T. gondii yang menjangkiti kambing yang diternak di ladang di Kulai, Johor. Sampel darah dan susu diambil daripada 146 ekor kambing tenusu yang sihat. Kehadiran antibodi IgG Toxoplasma-spesifik pada 136 sampel serum dikesan menggunakan ujian pengaglutinatan terubahsuai (MAT) manakala kehadiran DNA T. gondii di dalam 146 sampel darah dan susu dikesan dan digenotipkan menggunakan kaedah tindakbalas rantai polimerase bersarang-polimorfisma panjang fragmen pembatasan (nPCR-RFLP) dengan mensasarkan lokus SAG2 pasangan penghujung 5’ dan 3’ menggunakan pasangan primer F4-R4, F3-R3 dan F-R2, F2-R. Hasil jujukan lokus SAG2 dibandingkan dengan jujukan yang telah diketahui genotipnya. Kajian mendapati seroprevalens T. gondii yang tinggi iaitu 70.6% (96/136) berbanding dengan kajian terdahulu pada haiwan ini di Malaysia. Sebanyak 93/146 (63.7%) sampel darah adalah positif bagi DNA manakala tiada sampel susu yang positif. Kebanyakan subjek didapati positif bagi kehadiran kedua-dua antibodi IgG dan DNA T. gondii (46.3%), diikuti dengan positif IgG sahaja (24.3%) dan positif DNA sahaja (16.9%). Strain jenis III (55.9%) adalah lebih prevalen diikuti dengan jenis II (44.1%). Tiada strain jenis I dikenalpasti dalam kajian ini. Kajian ini menyimpulkan bahawa kadar seroprevalens T. gondii pada kambing yang diuji adalah lebih tinggi daripada kajian terdahulu. Strain jenis III telah dilaporkan sebagai jenis yang kerap menjangkiti haiwan ternakan. Kedua-dua strain jenis II dan III juga telah dikenalpasti pada pesakit toksoplasmosis (melalui jangkitan kongenital dan di kalangan pesakit AIDS). Manifestasi klinikal dan keterukkan jangkitan strain jenis II dan III juga dilaporkan berbeza-beza mengikut kedudukan geografi atau lokaliti kes. Data mengenai kadar seroprevalens ini diharap mampu memberi gambaran terkini tentang kadar penularan T. gondii dalam kambing di Malaysia. Pengenalpastian jenis klon boleh dimanfaatkan bagi menentukan jenis rawatan kepada kambing yang dijangkiti, meramalkan keterukkan dan manifestai klinikal jangkitan ini sekiranya ditularkan kepada manusia serta memetakan kepelbagaian jenis strain T. gondii yang wujud di Malaysia. Teknik pengesanan DNA T. gondii yang berjaya dioptimakan dalam kajian ini juga boleh digunapakai untuk menguji pelbagai sampel klinikal sekaligus membantu meramal keterukkan infeksi dan merangka pelan rawatan yang bersesuaian untuk pesakit yang dijangkiti oleh parasit ini.
Pages: 47
Call Number: QX20.A235p 2017 9HUKMPRA tesis
Publisher: UKM, Kuala Lumpur
Appears in Collections:Faculty of Medicine / Fakulti Perubatan

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
Pengesanan dan pengenotipan Toxoplasma Gondii daripada darah dan susu kambing di Kulai, Johor, Malaysia.pdf
  Restricted Access
Partial1.67 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.