Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/644584
Title: Penglibatan Kosem Sultan sebagai naibe-i-saltanat dalam pentadbiran kerajaan Uthmaniyyah (1623-1651M)
Authors: Nurul Syafina Rosman (P104157)
Supervisor: Ermy Azziaty Rozali, Prof. Madya Dr.
Ezad Azraai Jamsari
Keywords: Queens -- Turkey
Sultanate
Turkey -- History -- Ottoman Empire, 1288-1918
Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Dissertations, Academic -- Malaysia
Issue Date: 12-Jun-2023
Abstract: Era ‘kesultanan wanita’ dalam sejarah kerajaan Uthmāniyyah membawa kepada satu corak pentadbiran yang berlainan daripada sebelumnya. Penglibatan harem dalam aspek pentadbiran adalah sangat jelas pada awal abad ke-17M dengan kemunculan seorang tokoh, iaitu Kösem Sultan. Beliau menjadi valide sultan semasa pemerintahan anaknya, iaitu Sultan Murad IV dan Sultan Ibrahim I. Kösem Sultan juga mengekalkan kuasanya semasa pemerintahan cucunya, iaitu Sultan Mehmed IV dengan berstatus sebagai buyuk valide sultan. Oleh itu, kajian ini bertitik tolak daripada penelitian terhadap kenyataan Evrensel dan Minx yang menegaskan Kösem Sultan memiliki kuasa de facto sebagai naibe-i-saltanat selama 30 tahun. Objektif kajian ini adalah untuk mengkaji peranan institusi harem dalam Kerajaan cUthmāniyyah, di samping meneliti kedudukan dan pengaruh Kösem Sultan dalam pentadbiran Kerajaan cUthmāniyyah. Kajian ini juga bertujuan untuk menganalisis peranan Kösem Sultan sebagai naibe-i-saltanat dan kesannya dalam pentadbiran. Kajian ini menggunakan pendekatan kajian kualitatif menerusi reka bentuk kajian sejarah dan analisis kandungan. Data dikumpul menggunakan analisis dokumen terhadap sumber-sumber primer dan sekunder, khususnya berkaitan institusi harem, sejarah pentadbiran dan politik Kerajaan cUthmāniyyah. Data yang diperoleh selanjutnya dianalisis menggunakan pendekatan kritikan luaran dan kritikan dalaman. Dapatan kajian ini menghujahkan bahawa Kösem Sultan memainkan peranan yang signifikan dalam pentadbiran sebagai naibe-i-saltanat. Melalui statusnya itu, beliau berkuasa secara de facto dengan berperanan untuk menjamin kelangsungan pentadbiran keluarga diraja cUthmāniyyah, melicinkan urusan pentadbiran istana dan memberikan perhatian terhadap pembangunan sosioekonomi. Namun begitu, peranan tersebut menimbulkan pelbagai konflik dalam Kerajaan cUthmāniyyah. Sumbangan kajian ini memberi penjelasan tentang institusi harem Kerajaan Uthmāniyyah dan menghuraikan peranan Kösem Sultan sebagai figura harem yang sangat berpengaruh semasa abad ke-17M.
Notes: Tesis ini tidak ada “Perakuan Tesis Sarjana / Doktor Falsafah”
Pages: 157
Call Number: DR526.K67N837 2023 tesis
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
Penglibatan kosem sultan sebagai Naibe I Saltanat dalam pentadbiran kerajaan Uthmaniyyah 1623-1651M.pdf
  Restricted Access
Partial1.42 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.