Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/644582
Title: Pasca humanisme dalam konteks pemikiran kontemporari
Authors: Siti Jalilah Ahmad (P97797)
Supervisor: Wan Fariza Alyati Wan Zakaria, Dr.
Keywords: Posthumanism
Transhumanism
Islam and humanism
Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Dissertations, Academic -- Malaysia
Issue Date: 13-Jul-2023
Abstract: Istilah Posthumanism iaitu Pasca Humanisme merupakan suatu konsep yang telah lama muncul dan diwacanakan di dunia Barat. Diskusi terhadap konsep Pasca Humanisme mula mendapat perhatian para sarjana Barat apabila menyedari fahaman ini telah memanipulasi naratif asal hakikat manusia. Objektif kajian ini dilakukan adalah untuk mengenalpasti definisi dan ciri-ciri Pasca Humanisme dalam kerangka falsafah, membincangkan isu dan permasalahan yang muncul daripada Pasca Humanisme serta menghuraikan dari sudut perspektif Islam terhadap konsep dan perkembangan Pasca Humanisme. Reka bentuk kajian yang menggunakan kaedah kualitatif. Manakala pengumpulan data berdasarkan kaedah analisis dokumen daripada sumber primer dan sekunder. Data yang terkumpul dianalisis mengikut kaedah tematik. Hasil daripada kajian ini mendapati beberapa fenomena baru yang berlaku seperti kemunculan robot kecerdasan buatan (Artificial Intelligence) dan penyuntingan genetik (genetic editing) membuka suatu ruang perbincangan yang baru bagi sarjana Islam. Kajian ini mendapati respon-respon terhadap permasalahan yang muncul terutamanya dalam konteks akidah dan fiqh kurang mula diberikan oleh ilmuwan Muslim. Walaupun kemusnahan ideologi yang dibawa oleh gelombang Pasca Humanisme, kesiapsiagaan ilmuwan Islam untuk berpegang kepada pandangan alam Islam serta melaksanakan prinsip Maqasid Syariah masih tidak mencukupi. Kajian ini akhirnya mencadangkan agar pembinaan kefahaman dan penyelidikan baru terhadap fenomena Pasca Humanisme dilaksanakan oleh pelbagai pihak bagi menangani cabaran ideologi dan sains serta teknologi yang dominan agar umat Islam tidak menjadi mangsa gelombang ini.
Notes: Tesis ini tidak ada “Perakuan Tesis Sarjana / Doktor Falsafah”
Pages: 138
Call Number: B821.S568 2023 tesis
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
Pasca humanisme dalam konteks pemikiran kontemporari.pdf
  Restricted Access
Partial1.13 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.