Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/644579
Title: Analisis semula kriteria tempat cerapan hilal rasmi di Malaysia menurut perspektif astrofiqh
Authors: Salmah Abu Hasan (P104127)
Supervisor: Mohd Hafiz Safiai, Dr.
Keywords: Astronomical observatories -- Malaysia
New moon -- Religious aspects -- Islam
Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Dissertations, Academic -- Malaysia
Issue Date: 17-Apr-2023
Abstract: Tempat cerapan hilal rasmi di Malaysia merupakan platform utama bagi para pencerap dalam melaksanakan aktiviti cerapan bulanan sama ada untuk tujuan penentuan bulan hijri, pendidikan atau penyelidikan. Sehingga kini, terdapat 29 tempat cerapan hilal rasmi yang telah dibina di seluruh Malaysia. Namun begitu, terdapat sebahagian tempat cerapan yang dibina kurang sesuai untuk digunakan bagi aktiviti cerapan hilal. Oleh itu, kajian ini dijalankan untuk menganalisis kriteria sedia ada yang terdapat di 29 buah tempat cerapan hilal rasmi di Malaysia, sekali gus mencadangkan penambahbaikan kriteria untuk panduan pembinaan tempat cerapan tersebut. Di samping itu, kajian ini juga bertujuan untuk meneliti dan mengamati sejarah perkembangan tempat cerapan hilal rasmi di Malaysia. Kajian ini merupakan sebuah kajian kualitatif yang menggunakan reka bentuk kajian analisis kandungan dan kajian lapangan menerusi pendekatan analisis dokumen, temu bual dan pemerhatian. Hasil kajian mendapati terdapat sebahagian tempat cerapan hilal rasmi kurang sesuai untuk digunakan berdasarkan kepada beberapa faktor seperti ufuk yang terhalang, tiada kemudahan asas, kesukaran untuk akses dan sebagainya. Kajian ini diharapkan dapat memberikan sumbangan menerusi cadangan yang diberikan dalam usaha penambahbaikan tempat cerapan hilal rasmi di Malaysia, di samping dapat meningkatkan fungsi dan potensi tempat tersebut bukan hanya dalam aspek pendidikan dan penyelidikan, bahkan sebagai satu tarikan astrotourism yang berperanan dalam penjanaan ekonomi negara.
Pages: 285
Call Number: QB82.M4S235 2023 tesis
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
Analisis semula kriteria tempat cerapan Hilal rasmi di malaysia menurut perspektif astrofiqh.pdf
  Restricted Access
Full-text6.77 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.