Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/644577
Title: Penyusuan anak orang lain : faktor dan amalan pendokumentasian oleh masyarakat Kelantan
Authors: Rafidah Abdul Rahman (P103804)
Supervisor: Najah Nadiah Amran, Dr.
Latifah Abdul Majid, Dr.
Keywords: Wet nurses -- Malaysia
Breastfeeding -- Religious aspects -- Islam
Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Dissertations, Academic -- Malaysia
Issue Date: 14-Apr-2023
Abstract: Penyusuan anak orang lain menyebabkan terjadinya hubungan maḥram antara ibu dan bayi sekiranya memenuhi syarat-syarat yang telah digariskan oleh syarak. Walaupun begitu, terdapat segelintir dalam kalangan masyarakat yang masih tidak memahami konsep penyusuan anak orang lain menurut Islam. Penyusuan perlu direkodkan sebagai pembuktian seseorang ibu menyusukan anak orang lain. Di samping itu juga, wujud pelbagai faktor penyusuan anak orang lain dalam masyarakat. Namun, berlaku ketidakseragaman dalam mendokumentasikan maklumat susuan tersebut. Oleh itu, kajian ini bertujuan mengkaji a) konsep penyusuan anak orang lain daripada perspektif al-Quran dan al-Sunnah, b) faktor yang mendorong penyusuan anak orang lain dalam kalangan masyarakat Islam di Kelantan, c) kefahaman masyarakat Kelantan terhadap konsep penyusuan anak orang lain dan d) amalan pendokumentasian anak susuan dalam kalangan masyarakat di Kelantan. Kajian kualitatif ini menggunakan reka bentuk kajian kes melalui kaedah temu bual mendalam terhadap empat belas orang peserta kajian. Data temu bual dirakam dan disalin semula secara verbatim serta dianalisis secara deskriptif menggunakan kod dan tema tertentu. Hasil kajian mendapati bahawa konsep penyusuan menurut al-Quran terbahagi kepada enam tema iaitu tanggungjawab ibu menyusukan bayi, tempoh penyusuan, nafkah dan upah penyusuan, musyawarah dalam urusan penyusuan anak, penyusuan bayi oleh wanita lain serta kebaikan penyusuan kepada psikologi dan kesihatan bayi. Selain itu, penyusuan menurut sunnah pula membincangkan dua tema iaitu hukum pensabitan maḥram susuan dan juga kesan penyusuan anak orang lain. Kajian ini turut mendatangkan perbincangan mengenai pendokumentasian penyusuan menurut pandangan mazhab. Manakala faktor yang mendorong kepada penyusuan anak orang lain terbahagi kepada tujuh iaitu kesihatan, kesediaan, hubungan silaturahim, sokongan motivasi, pensabitan hukum maḥram anak angkat dan anak susuan, kesedaran terhadap kepentingan susu ibu serta kemudahan teknologi dan prasarana. Kajian ini mendapati majoriti peserta kajian memahami mengenai konsep penyusuan anak orang lain iaitu pensabitan maḥram susuan, kesan yang menghalalkan dan kesan yang mengharamkan, berlaku kepada Nabi SAW, tanggungjawab dalam memastikan anak mendapatkan susu ibu, musyawarah dalam urusan penyusuan anak serta menghubungkan silaturahim. Dapatan kajian juga mendapati peserta kajian melaksanakan amalan pendokumentasian dengan lima kaedah iaitu merekod secara lisan, menyimpan dokumen, menyimpan gambar, mencatat maklumat penyusuan dan juga sentiasa bertanya khabar dan saling berhubung. Justeru, kajian ini memberi suatu gambaran yang jelas kepada pihak berwajib terutamanya di negeri Kelantan mengenai situasi penyusuan anak orang lain yang berlaku di negeri ini. Oleh itu, situasi ini memerlukan satu sistem pengurusan bagi mengumpulkan data rasmi keluarga susuan demi memelihara maṣlahah umum masyarakat Islam iaitu penjagaan nasab keluarga Islam.
Pages: 201
Call Number: RJ216.R334 2023 tesis
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
Penyusuan anak orang lain faktor dan amalan pendokumentasian oleh masyarakat Kelantan.pdf
  Restricted Access
Full-text2.08 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.