Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/644564
Title: Hubungan identiti dan agama dalam pemikiran Muhammad Uthman Najati (1914-2000 M) dan Erik H. Erikson (1902-1994 M)
Authors: Nor Faridah Mat Nong (P77528)
Supervisor: Muhamad Razak Idris, Dr.
Wan Fariza Alyati Wan Zakaria, Dr.
Ahmad Yunus Mohd Noor, Dr.
Keywords: Identity (Psychology) -- Religious aspects -- Islam
Psychoanalysis
Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Dissertations, Academic -- Malaysia
Issue Date: 3-Jun-2023
Abstract: Pembentukan identiti dan jati diri sering menjadi perdebatan kepada isu psikologi mahupun teologi apabila dikaitkan dengan ideologi agama yang mengundang persoalan penentuan status identiti dan tafsiran keagamaan terhadap individu dan sosial. Justifikasi peranan dan kedudukan identiti yang samar terhadap hubungan di antara identiti dan agama menyebabkan teras perkembangan manusia dinilai dengan proses yang terpisah. Muhammad cUthman Najati dan Erik H. Erikson antara yang menggagaskan idea hubungan identiti dan agama. Kajian ini dilaksanakan dengan objektif bagi mengenal pasti teori perkembangan identiti Islam dan Barat dalam menentukan titik persamaan dan perbezaan hubungan identiti dan agama di antara pemikiran Muhamad Uthman Najati dan Erik H. Erikson. Penelitian ini dibuat berdasarkan teori identiti; teori beragama; hubungan identiti dan agama, serta; perbandingan kaitan identiti dan agama menerusi pemikiran kedua tokoh bagi memperoleh hasil yang jelas. Kajian ini dijalankan menerusi kaedah kepustakaan dan reka bentuk pendekatan kualitatif melalui kaedah tematik bagi memperoleh data serta diproses menggunakan analisis kandungan. Perbandingan kajian dilaksanakan melalui analisis kandungan secara deskriptif-analitik dan analisis argumentasi terhadap buku buku dan makalah-makalah yang ditulis oleh kedua tokoh dalam aspek biografi, teori dan pemikiran. Justeru, dapatan daripada kedua tokoh terhadap kajian yang dijalankan menunjukkan identiti menuntut kepada kesedaran spiritual secara sistematik terhadap pembangunan interpersonal dan intrapersonal untuk berkembang menjadi individu beragama dan tidak beragama. Identiti yang matang juga terhasil daripada tret personaliti sebagai ukuran kepada bentuk perkembangan identiti individu. Namun, agama adalah fungsi asal yang membezakan teori identiti bagi kedua-dua tokoh. Kajian teori ini menyumbang kepada input baru elemen hubungan antara identiti dan agama berkaitan kepercayaan, kecerdasan, dorongan, kebertanggungjawaban, interaksi dan integrasi dalam perspektif ideologi, psikologi dan pemikiran Islam semasa. Kajian ini turut memberi implikasi yang tinggi kepada pembangunan identiti agama kerana kajian eksplorasi yang dilakukan terhadap perbandingan kedua tokoh dan belum ditemui perbandingan kajian teori identiti agama seumpamanya.
Pages: 355
Call Number: BF698.N637 2023 tesis
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
Hubungan identiti dan agama dalam pemikiran Muhammad Uthman 1914-2000 m dan Erik H Erikson 1902-1994 M.pdf
  Restricted Access
Full-text3.38 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.