Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/644559
Title: Persepsi masyarakat bukan Islam terhadap Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (JAHEAIK)
Authors: Nurul Fadzlina Mohd. Asri (P110787)
Supervisor: Jaffary Awang, Prof. Madya Dr.
Ahmad Sunawari Long, Prof. Madya Dr.
Keywords: Islam -- Functionaries
Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Dissertations, Academic -- Malaysia
Issue Date: 26-May-2023
Abstract: Diversiti masyarakat pelbagai etnik dan agama menjadikan sesebuah negara itu unik. Kepelbagaian kaum ini juga berlaku di negeri Kelantan yang menjadikan komposisi masyarakat bukan Islam sebagai kelompok minoriti. Walaupun begitu, masyarakat berbilang kaum hidup dalam suasana harmoni di bawah pentadbiran berasaskan Islam di Kelantan. Bagi menjayakan pentadbiran Islam, pelbagai agensi kerajaan berperanan dalam mempromosi nilai dan pengurusan Islam. Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (JAHEAIK) ialah salah sebuah agensi yang berperanan menyampaikan dan melaksanakan pentadbiran Islam dalam kalangan masyarakat bukan Islam di Kelantan melalui pelbagai program sosial yang menarik. Justeru, kajian ini mengkaji persepsi masyarakat bukan Islam terhadap pentadbiran Islam di Kelantan dengan pengkhususan pandangan masyarakat bukan Islam terhadap peranan JAHEAIK. Reka bentuk kajian ini adalah berbentuk kuantitatif dengan menggunakan instrumen soal selidik dan disokong oleh dapatan temu bual. Soal selidik diedarkan kepada 384 orang responden terdiri daripada masyarakat Cina, India, Orang Asal, Orang Siam dan lain-lain dari kawasan bandar, luar bandar dan pinggir bandar dengan menggunakan pensampelan mudah. Sementara temu bual separa berstruktur dilakukan terhadap tujuh orang informan yang dipilih secara bertujuan. Data yang diperoleh dianalisis dengan menggunakan perisian Statistical Package for the Social Science (SPSS) for Windows Version 28.0 dengan menggunakan statistik deskriptif dan kolerasi Pearson. Dapatan kajian mendapati pandangan masyarakat bukan Islam terhadap JAHEAIK berada pada tahap yang sederhana. Demikian juga wujudnya hubungan yang kukuh antara penglibatan masyarakat bukan Islam bersama program anjuran JAHEAIK dengan pandangan mereka terhadap peranan JAHEAIK. Kajian ini menunjukkan bahawa persepsi yang baik terhadap JAHEAIK mampu memberikan persepsi yang positif terhadap pentadbiran Islam di Kelantan.
Pages: 138
Call Number: BP185.N874 2023 tesis
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
Persepsi masyarakat bukan islam terhadap jabatan hal ehwal agama islam kelantan JAHEAIK.pdf
  Restricted Access
Full-text1.76 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.