Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/644500
Title: Pencirian genetik bagi strain Wolbachia (Rickettsiales: Rickettsiaceace) yang menjangkiti kumbang pendebunga sawit Elaeidobius kamerunicus dengan menggunakan penanda gen wsp, ftsZ, gltA dan groEL
Authors: Mohd Nur Azad Rushidi (P103561)
Supervisor: Izfa Riza Hazmi, Dr.
Salmah Yaakop, Prof. Madya Dr.
Keywords: Genetics
Wolbachia
Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Dissertations, Academic -- Malaysia
Issue Date: 14-Oct-2022
Abstract: Wolbachia ialah α-proteobacteria atau bakteria intraselular yang yang diwarisi secara maternal dan mampu memanipulasi sistem pembiakan perumahnya. Ia telah menjangkiti pelbagai spesies Arthropoda termasuk serangga. Elaeidobius kamerunicus (EK) ialah kumbang pendebunga utama bagi kelapa sawit dan telah diperkenalkan di ladang tanaman Malaysia sejak tahun 1980-an. Beberapa tahun kebelakangan ini, penghasilan tandan buah sawit Malaysia telah menurun dan kajian mendapati beberapa individu E. kamerunicus telah dijangkiti oleh Wolbachia. Objektif kajian ini adalah untuk mencirikan strain Wolbachia pada E. kamerunicus dengan menggunakan empat jenis penanda gen DNA iaitu wsp, ftsZ, gltA dan groEL serta menentukan hubungan filogenetik strain Wolbachia dengan spesies yang lain. Sebanyak 210 individu kumbang telah disampel dari tujuh ladang seluruh Malaysia iaitu Selama, Kedah (Utara), Teluk Intan, Perak (Barat), Kulai, Johor (Selatan), Jengka, Pahang (Tengah), Keratong, Pahang (Timur) dan Borneo (Lahad Datu, Sabah dan Sapadi-Lundu Sarawak). Penentuan jarak evolusi menggunakan kaedah jam molekul telah dilakukan dengan menggabungkan maklumat jujukan DNA ftsZ, gltA dan groEL. Pengesanan jangkitan melalui kaedah PCR telah dilakukan dengan menggunakan penanda wsp manakala penanda ftsZ, gltA, groEL dan data gabungan telah digunakan untuk membina pohon filogeni. Hasil kajian menunjukkan sebanyak 25 daripada 210 individu sampel E. kamerunicus (12.5%) telah dijangkiti Wolbachia. Jarak genetik pula mendapati Wolbachia yang menjangkiti E. kamerunicus mempunyai hubungan rapat dengan kumpulan besar B. Percambahan masa antara Wolbachia di dalam individu E. kamerunicus adalah sangat kecil. Hasil kajian ini dapat memberikan gambaran awal kawasan-kawasan ladang yang berkemunginan akan dijangkiti oleh Wolbachia. Maklumat awal berkenaan jangkitan Wolbachia terhadap kumbang E. kamerunicus dapat membantu memberikan pihak berwajib untuk mengkaji dengan lebih mendalam tentang kesan jangkitan Wolbachia terhadap individu perumah, kesan kepada pertumbuhan populasi serta melihat kesan terhadap penghasilan buah tandan sawit pada masa yang akan datang.
Pages: 108
Call Number: QH430.M6348 2022 tesis
Appears in Collections:Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi



Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.