Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/626912
Title: | Kesan antioksidan dan anti-inflamasi ADD-X pada tisu jantung dalam tikus Sprague-Dawley terovariektomi |
Authors: | Kumeshini Sukalingam (P77780) |
Supervisor: | Faizah Othman, Prof. Madya. Dr. Sahema @ Zar Chi Thent, Dr. Qodriyah Haji Mohd Saad, Prof. Madya. Dr. |
Keywords: | Palm oil Cardiovascular Diseases Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations Dissertations, Academic -- Malaysia |
Issue Date: | 17-Jul-2017 |
Abstract: | Minyak sawit merupakan salah satu sumber utama pengambilan diet asid lemak. Pengambilan minyak sawit yang dipanaskan berulang kali mendedahkan kepada risiko penyakit jantung. Tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk menentukan kesan pengambilan ADD-X dan minyak sawit yang dipanaskan berulang kali terhadap sistem kardiak dengan memerhatikan tekanan darah (BP), parameter tekanan oksidatif dan antioksidan, penanda inflamasi dan perubahan mikroskopik dalam tikus terovariektomi (OVX). Empat puluh dua ekor tikus Sprague-Dawley betina dibahagikan secara rawak kepada tujuh kumpulan, dengan enam ekor dalam setiap kumpulan. Semua kumpulan tikus kecuali kumpulan Sham, menjalani prosedur ovariektomi. Kumpulan Sham dan OVX(n) diberikan diet biasa manakala kumpulan OVX(c) diberikan diet diperkaya kolesterol tinggi 2%. Kumpulan tikus yang diberi makan minyak sawit yang dipanaskan lima kali (5HPO) dan sepuluh kali (10HPO) juga diberi diet berkolesterol tinggi 2%. Kumpulan 5HPO-X dan 10HPO-X merupakan kumpulan tikus diberikan 5HPO dan 10HPO yang dicampurkan dengan ADD-X. Tekanan darah (BP) diperhatikan setiap empat minggu sekali melalui kaedah tidak invasif. Selepas 24 minggu rawatan, serum darah diambil bagi mengukur penanda tekanan oksidatif (TBARS) dan parameter antioksidan (SOD, CAT dan GSH). Nilai peroksida (PV) minyak sawit dan ADD-X diukur melalui kaedah piawai titrasi. Selepas tempoh kajian, tikus dibunuh dan tisu jantung diambil, ditimbang dan dihomogenisasi bagi mengukur penanda inflamasi (CRP, TNF-α), penanda biokimia jantung (Troponin, LDH) dan kandungan lipid jantung (TG, FFA). Tisu jantung diambil untuk pemeriksaan histologi. Nilai PV dalam minyak 5HPO dan 10HPO meningkat secara signifikan (p<0.05) tetapi dengan penambahan ADD-X nilai PV menurun secara signifikan (p<0.05). BP, TBARS, kedua-dua penanda inflamasi dan biokimia jantung serta kandungan lipid jantung, kecuali parameter antioksidan, menunjukkan peningkatan secara signifikan bagi kumpulan 5HPO dan 10HPO, sebaliknya menurun secara signifikan selepas penambahan ADD-X. Pemeriksaan histologi dinding jantung bagi kumpulan 5HPO dan 10HPO menunjukkan kedudukan kardiomiosit yang tidak sekata serta mengecut selain kehadiran sel inflamasi di antara gentian otot. Pengambilan minyak sawit dipanaskan berulang kali meningkatkan PV, BP, penanda tekanan oksidatif, kedua-dua penanda inflamasi dan biokimia jantung dan kandungan lipid jantung selain mengurangkan parameter antioksidan. Perubahan di atas dapat dikurangkan melalui pengambilan ADD-X. |
Pages: | 44 |
Call Number: | QS20.5.K95k 2017 9HUKMPRA tesis |
Publisher: | UKM, Kuala Lumpur |
Appears in Collections: | Faculty of Medicine / Fakulti Perubatan |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
Kesan antioksidan dan anti-inflamasi ADD-X pada tisu jantungdalam tikus sprague-dawley terovariektomi.pdf Restricted Access | Partial | 721.33 kB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.