Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/609856
Title: Identifikasi gen yang memeka sel barah glioblastoma multiforme kepada kemoterapi
Authors: Mohd Firdaus Che Mat (P62913)
Supervisor: Roslan Harun, Dr.
Nor Azian Abdul Murad, Dr.
Keywords: Glioblastoma
Brain Neoplasms
Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Dissertations, Academic -- Malaysia
Issue Date: 5-Sep-2016
Abstract: Glioblastoma multiforme (GBM) merupakan kanser otak sistem saraf pusat berbahaya dan rawatan untuk GBM berulang sebahagian besarnya adalah gagal disebabkan oleh kerintangan terhadap temozolomid (TMZ). Terapi sasaran oleh pengganggu RNA (RNAi) mampu meningkatkan kepekaan dan keberkesanan terhadap TMZ. Meta analisis ke atas lima set data mikroatur ekspresi gen telah mengenalpasti 460 gen yang berekspresi tinggi di dalam GBM (p<0.01). . Saringan RNAi primer telah dijalankan ke atas titisan sel glioblastoma multiforme LN-18 dengan menggunakan 1840 RNA gangguan kecil (siRNA) yang mensasarkan 460 gen di atas. Tititsan sel ini juga telah dirawat dengan dos sub-maut TMZ (50 µM). Viabiliti sel diukur selepas 96 jam bagi menilai kesan kemokepekaan terhadap sel LN-18. Dengan menggunakan analisis skor Z, penindasan 22 gen telah mengakibatkan penurunan viabliti sel yang signifikan. Ini termasuklah gen yang lazimnya terlibat dalam pembentukan GBM seperti BTG3, KIAA1949 dan HLA-A. Saringan RNAi sekunder ke atas 22 gen ini dan dua calon gen yang paling mantap telah dikenalpasti iaitu PROS1 dan ZFP36L2 dengan menggunakan empat analisis statistik yang berbeza iaitu piawaian ketat perbezaan purata (SSMD), ujian-t berbilang, min ± sisihan piawai malar (kSD) dan median ± perbezaan median malar (kMAD)). Perubahan fenotipik penyenyapan gen PROS1 dan ZFP36L2 oleh diukur dengan ujian viabiliti sel, proliferasi, apoptosis, migrasi dan invasi. Penyenyapan PROS1 dan ZFP36L2 telah membawa kepada penurunan kadar viabiliti sel, proliferasi, migrasi dan invasi di samping meningkatkan kadar isyarat apoptosis secara signifikan. Analisis tatasusun protein apoptosis menggunakan 43 protein lazim dalam kaskad apoptosis mendapati bahawa penyenyapan PROS1 telah mengaktifkan kedua-dua laluan intrinsik dan ekstrinsik proses apoptosis. Penyenyapan ZFP36L2 pula telah mengaktifkan laluan intrinsik melalui modulasi laluan mitokondria. Penyenyapan PROS1 dan ZFP36L2 telah mengaktifkan protein BAX yang amat penting dalam mekanisme kemokepekaan. Pensasaran gen ini mungkin berpotensi sebagai strategi teraputik baru bagi rawatan GBM.
Pages: 141
Call Number: QU20.M697i 2016 9HUKMPRA tesis
Publisher: UKM, Kuala Lumpur
Appears in Collections:UKM Medical Molecular Biology Institute / Institut Perubatan Molekul (UMBI)

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
Identifikasi gen yang memeka sel barah glioblastoma multiforme kepada kemoterapi .pdf
  Restricted Access
Full-text1.95 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.