Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/604023
Title: Pelaksanaan pendidikan seksualiti murid berkeperluan khas pembelajaran (MPBK) di sekolah menengah di Malaysia
Authors: Najihah Shuib (P96840)
Supervisor: Mohd Hanafi Mohd Yasin, Prof. Madya Dr.
Mohd Mokhtar Tahar, Dr.
Keywords: Special education
Special education educators
Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Dissertations, Academic -- Malaysia
Issue Date: 12-Oct-2022
Abstract: Kajian ini bertujuan menilai pelaksanaan pendidikan seksualiti (PS) bagi murid pendidikan khas bermasalah pembelajaran di sekolah menengah di Malaysia. Kajian ini yang dijalankan terhadap guru-guru pendidikan khas bertujuan mendapatkan maklumat sejauhmana program ini yang telah dijalankan bagi mengenalpasti kekuatan, kelemahan serta keberkesanannya. Guru-guru dinilai berdasarkan pengetahuan yang mendalam, latihan, penguasaan pedagogi yang mencukupi serta sokongan dalam pengurusan sumber dan insfrastrukur bagi melaksanakan pendidikan seksualiti kepada murid pendidikan khas dengan melihat (4) aspek utama menggunakan model CIPP (KIPP) Stufflebeam. Fokus kajian penilaian dengan menggunakan Model CIPP yang menumpukan kepada konstruk konteks, input, proses dan produk yang telah dijustifikasikan. Sampel kajian ini terdiri daripada sejumlah 518 orang guru yang menjawab instrumen soal selidik dari 96 buah sekolah menengah dalam 17 buah daerah di 4 zon semenanjung Malaysia. Satu set instrumen soal selidik digunakan oleh pengkaji dan didapati mempunyai nilai kebolehpercayaan Alfa Cronbach mengikut komponen dalam setiap bahagian antara 0.85 hingga 0.94. Penganalisisan data dibuat dengan menggunakan program SPSS-Windows versi 22.0 di mana analisis deskriptif seperti min dan sisihan piawai digunakan. Analisis inferensi pula digunakan bagi menguji hipotesis dan seterusnya menggunakan MANOVA dua hala, Korelasi Pearson dan Regresi Berganda (Stepwise) dijalankan terhadap persoalan kajian. Dapatan kajian menunjukkan dari segi tahap penilaian konteks, input, proses dan produk menunjukkan pelaksanaan pendidikan seksualiti adalah sederhana tinggi dengan min antara 3.476 hingga 3.916. Hasil kajian mendapati kesemua hipotesis ditolak iaitu terdapat sumbangan KIPP terhadap pelaksanaan pendidikan seksualiti. Terdapat perbezaan penilaian input, proses dan produk samaada berdasarkan lokasi mahupun pengalaman. Dari segi hubungan antara penilaian konteks, penilaian input, penilaian proses dengan penilaian produk kajian ini mendapati secara keseluruhannya penilaian PS adalah pada tahap yang sederhana. Analisis Regresi Berganda bagi menunjukkan sumbangan pemboleh ubah tak bersandar penilaian konteks, penilaian input dan penilaian proses terhadap penilaian produk. Terdapat sumbangan yang signifikan dalam penilaian konteks, penilaian input dan penilaian proses terhadap penilaian produk bagi aspek pengetahuan reproduktif. Implikasi kajian ini adalah untuk Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) menggunakan penilaian ini bagi membina satu panduan, rangka kerja seterusnya pekeliling (punca kuasa) kepada para guru pendidikan khas. Seterusnya pelaksanaan pendidikan seksualiti diperkemaskan di peringkat sekolah apabila tindakan dari KPM dilaksanakan kepada guru-guru sekaligus memberi manfaat kepada murid pendidikan khas di program pendidikan khas integrasi sekolah menengah.
Pages: 366
Call Number: LC3965.N335 2022 tesis
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Education / Fakulti Pendidikan

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
Pelaksanaan pendidikan seksualiti murid berkeperluan khas pembelajaran MPBK di sekolah menengah di Malaysia.pdf
  Restricted Access
Full-text3.8 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.