Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/595010
Title: Perubahan, pemakaian Tengkolok Sultan- Sultan Perak Darul Ridzuan
Authors: Salina Abdul Manan
Keywords: Warisan Budaya
Hiasan kepala
Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Dissertations, Academic -- Malaysia
Issue Date: 17-Oct-2023
Abstract: Tengkolok merupakan salah satu pakaian hiasan kepala lelaki Melayu yang telah wujud sejak zaman Kesultanan Melayu Melaka. Setiap kesultanan di Malaysia mempunyai pemakaian tengkolok yang berbeza dan aspek ini menjadi lambang identiti kepada sultan, raja atau Yang di-Pertuan Besar yang memerintah. Keunikan pemakaian tengkolok ini terserlah pada reka bentuknya namun, kini pemakaiannya hanya terhad kepada majlis-majlis rasmi sahaja. Dalam kesultanan negeri Perak pemakaian tengkolok dalam kalangan sultan-sultannya mengalami perubahan sejak tahun 1918 sehingga kini. Perubahan tersebut dapat dilihat dari keunikan reka bentuk, ragam hias dan proses pembuatan. Berdasarkan permasalahan di atas, kajian ini bertujuan untuk menjelaskan gambaran umum latar belakang sejarah pemakaian tengkolok kesultanan negeri Perak, menganalisis aspek perubahan pemakaian tengkolok sultan-sultan di negeri Perak, dan membincangkan faktor-faktor yang menyebabkan berlakunya perubahan pemakaian tengkolok sultan-sultan negeri Perak. Kajian ini merupakan kajian kualitatif yang menghasilkan data berbentuk deskriptif melalui kaedah temu bual tidak berstruktur, pemerhatian turut serta dan dokumentasi. Kesahan dan kebolehpercayaan data diuji menggunakan kaedah pengamatan dan triangulasi. Teknik menganalisis data melalui cara reduksi data, penyajian data dan menarik kesimpulan. Dapatan kajian menunjukkan terdapat enam orang sultan yang menggayakan pemakaian tengkolok di Kesultanan Perak bermula dari tahun 1918 hingga kini iaitu Sultan Perak yang ke-30 sehingga Sultan Perak yang ke-35. Melalui enam orang sultan ini, terdapat tiga perubahan dalam pemakaian tengkolok yang digayakan iaitu reka bentuk, ragam hias dan proses pembuatan. Melalui perubahan ini terdapat empat faktor yang mempengaruhi perubahannya iaitu faktor personaliti, imej, kearifan penyolek, dan proses pembuatan. Kesimpulannya, dapatan kajian ini dapat melestarikan warisan tengkolok Kesultanan Perak yang mengalami perubahan dan terus kekal dalam arus pemodenan fesyen masa kini. Selain itu, dapatan kajian ini juga selari dengan Sustainability Development Goals 2030 dalam melindungi dan memelihara warisan seni tengkolok semasa era pemerintahan Kesultanan Melayu di Malaysia.
Description: Perpustakaan Alam dan Tamadun Melayu
Pages: 277
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Institute of The Malay World and Civilisation / Institut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA)

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
Perubahan pemakaian Tengkolok Sultan - Sultan Perak Darul Ridzuan.pdf
  Restricted Access
Full Text172.89 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.