Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/593375
Title: Kesan gelombang radiofrekuensi elektromagnet telefon bimbit terhadap DNA spermatozoa tikus melalui tapak jalan NADPH Oksidase 5 (NOX5)
Authors: Norazurashima Jamaludin (P69900)
Supervisor: Siti Fatimah Ibrahim, Prof. Madya. Dr.
Khairul Osman, Prof. Madya. Dr.
Farah Hanan Fathihah Jaffar, Puan
Keywords: Electromagnetic Radiation
Radio Waves
Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Dissertations, Academic -- Malaysia
Issue Date: 24-May-2017
Abstract: Telefon pintar adalah alat utama komunikasi mudah alih. Ia memancarkan pelbagai radiofrekuensi. Radiasi telefon bimbit telah dikaitkan dengan ketidaksuburan lelaki. Walaupun begitu, bukti kukuh masih kekurangan. NADPH Oxidase 5 (NOX5) merupakan enzim yang mungkin menjadi tapak jalan tambahan dalam pengeluaran radikal bebas yang merosakkan DNA sperma. Kajian ini dijalankan untuk mengkaji potensi kesuburan lelaki dengan penekanan khusus terhadap DNA sperma menggunakan model haiwan. Model tikus telah digunakan untuk mensimulasikan pendedahan manusia kepada telefon bimbit tersebut. Secara spesifik, kajian ini menilai radiasi telefon yang dipancarkan oleh dua telefon pintar berlainan pengeluar iaitu A (UMTS 2100 MHz / GSM 900/1800/1900 MHz) dan B (GSM 850/900/1800/1900 MHz / WCDMA 900/2100 / UMTS 900 / 2100 MHz) berjumlah 4200MHz ke atas tikus jantan dewasa Sprague Dawley. Parameter yang diambil kira ialah jumlah kiraan sperma, viabiliti dan kerosakan DNA. Kajian ini terbahagi kepada dua fasa. Fasa pertama dilaksanakan untuk menentukan dos optimum. Kesemua tikus dimasukkan ke dalam penahan individu dan didedahkan kepada dos 0MHz (kawalan), 4200MHz tanpa rangkaian tambahan (dos minimum) dan 9700MHz dengan rangkaian tambahan (dos maksimum) selama 6 jam/ hari sehingga 2 minggu, n=8. 24 jam selepas radiasi terakhir, semua tikus dikorbankan menggunakan campuran Ketamin dan Xylazile secara intravena. Sperma diambil daripada kauda epididimis dan vas deferens. Keputusan mendapati penurunan yang signifikan berlaku ke atas jumlah kiraan sperma F (2, 21)= 142.34, p< 0.01 dan viabiliti F (2, 21)= 14849.07, p< 0.01. Manakala, kerosakan DNA didapati meningkat secara signifikan melalui momen ekor komet F (2, 2395)= 16789.38, p< 0.01 dan momen olive ekor komet F (2, 2395)= 20340.16, p< 0.01. Dos optimum yang didapati adalah dos minimum. Fasa kedua pula dilaksanakan untuk menentukan masa pendedahan optimum. Kaedah yang sama digunakan seperti fasa pertama tetapi menggunakan dos optimum dengan sela waktu yang berbeza iaitu 0 jam, 2 jam, 4 jam dan 6 jam/ hari selama 2 minggu, n=8. Keputusan mendapati penurunan yang signifikan berlaku ke atas jumlah kiraan sperma F (3, 28)= 117.066, p< 0.01 dan viabiliti F (3, 28)= 1713.951, p< 0.01. Kerosakan DNA pula didapati meningkat secara signifikan melalui momen ekor komet F (3, 3195)= 20927.528, p< 0.01 dan momen olive ekor komet F (3, 3195)= 18525.514, p< 0.01. Menariknya, pada jam ke 2, tiada sebarang abnormaliti berlaku pada mana-mana parameter sperma tetapi perubahan hanya mula dikesan pada jam ke 4. Oleh itu, jam ke 4 adalah masa pendedahan optimum. Seterusnya, punca kerosakan DNA melalui tapak jalan NOX5 ditentukan. Kesemua tikus diletakkan di dalam penahan individu dan didedahkan kepada 0MHz/ 0 jam dan 4200MHz/ 4 jam/ hari selama 2 minggu, n=8. Sperma diambil menggunakan kaedah yang sama seperti yang dinyatakan di atas. Keputusan mendapati terdapat aktiviti NOX5 adalah berbeza secara signifikan bagi kedua-dua kumpulan, t (1598)= -102.195, p<0.01. Kesimpulannya, radiasi telefon memberi kesan kepada jumlah kiraan sperma, viabiliti dan kerosakan DNA melalui tapak jalan NOX5. Namun, kerosakan DNA hanya mula tercetus pada dos optimum (4200MHz) dan masa pendedahan optimum (4 jam).
Pages: 32
Publisher: UKM, Kuala Lumpur
Appears in Collections:Faculty of Medicine / Fakulti Perubatan



Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.