Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/579253
Title: Nobat dan etnifikasi: pertembungan budaya dan pengadaptasiannya dalam pembentukan identiti Melayu
Authors: Raja Iskandar Raja Halid (Universiti Malaysia Kelantan)
Keywords: Nobat
Muzik Istana
Identiti Melayu
Kesusasteraan
Kesultanan Melayu
Issue Date: Jul-2017
Description: Kejatuhan Melaka pada tahun 1511 menyaksikan kemunculan dan kebangkitan semula kerajaan Melayu yang cuba untuk mengisi kekosongan yang ditinggalkan oleh empayar tersebut. Susulan daripada itu, berlakunya pertembungan antara masyarakat tempatan dengan pedagang dan pengembara Eropah yang merangsang “pembentukan etnik” di Selat Melaka. Kesultanan Melayu terus mengamalkan adat istiadat yang memperlihatkan muzik sebagai simbol identiti dan ketamadunan Melayu yang diabadikan melalui sastera istana. Muzik menjadi alat yang penting untuk membangkitkan kesedaran identiti secara kolektif, serta melakarkan sempadan sosial dan politik masyarakat Melayu. Dengan merujuk kesusasteraan Melayu klasik dan catatan Eropah, artikel ini membincangkan peranan muzik istana yang dikenali sebagai nobat dalam proses pembentukan identiti Melayu seiring dengan usaha kerajaan Melayu yang saling bersaing untuk menjadi pusat budaya, politik dan ekonomi serantau di antara abad ke-15 dan abad ke-17 Masihi.
News Source: Melayu: Jurnal Antarabangsa Dunia Melayu
ISSN: 1675-6460
Volume: 10
Pages: 70-94
Appears in Collections:Journal Content Pages/ Kandungan Halaman Jurnal

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_116557+Source01+Source010.PDF409.23 kBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.