Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/577719
Title: | Politik dan intertekstualiti dalam Juara |
Authors: | Tuan Rusmawati Raja Hassan Mawar Safei (UKM) |
Keywords: | S. Othman Kelantan Novel Juara cerpen “Pahlawan Lembu” Julia Kristeva Intertekstualiti |
Issue Date: | Dec-2016 |
Description: | Makalah ini menumpukan pemerhatian terhadap hubungan dan proses antara teks dalam penghasilan novel Melayu. Hubungan dan proses itu dikaitkan dengan intertekstualiti, iaitu fenomena wujudnya teks dalam sebuah teks atau hal yang dinamakan dialog antara teks. Kerangka kajian ini memanfaatkan gagasan oleh Julia Kristeva. Rumus intertekstual tersebut membentangkan hubungan antara hipoteks (cerpen) dengan hiperteks (novel) bagi melihat makna, proses yang diajukan dan kewajaran ia dilakukan pengarang. Kajian ini merujuk kepengarangan S. Othman Kelantan yang memperlihatkan kecenderungan dan ketekalan terhadap karya yang bersifat intertekstual. Novel yang menjadi mauduk kajian ini ialah Juara. Kajian ini menemukan bahawa dalam kerangka intertekstualiti, kepengarangan S. Othman Kelantan memperagakan kesetiaannya terhadap teks awal dalam genre cerpen yang kemudian dikembangkan menjadi novel. Hal ini berlaku terhadap Juara yang dikembangkan daripada cerpen “Pahlawan Lembu”. Langgam kepengarangan S. Othman Kelantan menunjukkan sensitifnya pengarang terhadap cuaca politik semasa; keyakinan dan ideologinya dibancuh sama secara metaforikal dalam Juara. Hubungan intertekstualiti dalam cerpen ke novel dalam Juara termasuklah tema dan plot, yang dikerjakan pengarang melalui proses transformasi, eksistensi dan modifikasi. Proses yang dilakukan oleh pengarang ini akibat |
News Source: | Malay literature |
ISSN: | 0128-1186 |
Volume: | 29 |
Pages: | 207-232 |
Appears in Collections: | Journal Content Pages/ Kandungan Halaman Jurnal |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_83356+Source01+Source010.PDF | 515.47 kB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.