Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/577446
Title: Kerahsiaan kemasukan Islam: isu undang-undang kes pemelukan Islam saudara baru di Malaysia
Authors: Khairani Husin (UKM)
Mohd Al Adib Samuri (UKM)
Issue Date: Jun-2014
Description: Makalah ini membincangkan isu kerahsiaan kemasukan Islam oleh mualaf di Malaysia. Tujuan kajian ini adalah untuk menganalisis kesan kerahsiaan itu sendiri terhadap keputusan sesuatu kes pemelukan Islam di mahkamah, yang melibatkan konflik antara undang-undang diri mualaf itu sendiri,iaitu undang-undang Syariah dengan undang-undang sivil. Kajian ini menggunakan pendekatan kaedah kualitatif menerusi analisis kandungan yang merujuk sumber primer dan sekunder, serta sedikit temu bual separa struktur dengan seorang pegawai yang terlibat dalam bidang ini. Seterusnya,data yang dikumpul dianalisis menggunakan pendekatan deskriptif dan tematik. Dapatan kajian mendapati bahawa kerahsiaan kemasukan Islam oleh mualaf telah menyebabkan kesukaran kepada hakim dalam memutuskan kes disebabkan konflik undang-undang peribadi antara kedua-dua pihak dalam kes itu. Kerahsiaan ini menjadi faktor utama kepada mualaf untuk melepaskan diri daripada tanggungjawab lalu dalam undang-undang sivil.Mualaf yang memaklumkan kemasukan Islam, kes mereka dapat diselesaikan dengan lebih cekap mengikut bidang kuasa mahkamah, serta memuaskan hati semua pihak yang terlibat. Kajian ini merumuskan bahawa dengan mewajibkan pemakluman kemasukan Islam dilihat sebagai satu penyelesaian terbaik dalam menangani konflik bidang kuasa antara mahkamah sivil dengan syariah di Malaysia.
News Source: Kanun: Jurnal Undang-Undang Malaysia
ISSN: 0128-2670
Volume: 26
Pages: 1-25
Publisher: Dewan Bahasa dan Pustaka
URI: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/577446
Appears in Collections:Journal Content Pages/ Kandungan Halaman Jurnal

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_73775+Source01+Source010.PDF386.83 kBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.