Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/577418
Title: Sajak “Pelacur Tua”: analisis teori relevans
Authors: Mary Fatimah Subet (UMS)
Keywords: Eksplisit
Implisit
Bahasa figuratif
Teori Relevans
Pragmatik
Issue Date: Jun-2015
Description: Usman Awang merupakan Sasterawan Negara yang banyak mendalami perasaan masyarakat, yang digambarkan, menerusi penulisan beliau. Baris-baris ciptaan sajaknya indah. Perihal hidup pelacur yang tidak bermoral diolah secara halus dalam sajaknya “Pelacur Tua”. Kehidupan pelacur digambarkan sebagai kehidupan penuh rahsia. Kajian ini cuba mencari rahsia berkenaan melalui bahasa yang digunakan oleh Sasterawan Negara Usman Awang. Analisis menggunakan Teori Relevans dalam bidang pragmatik. Teori ini diasaskan oleh Sperber dan Wilson (1986). Sajak Usman Awang yang sarat dengan unsur bahasa figuratif dianalisis untuk mencari rahsia tersirat di dalamnya. Hasil analisis mendapati bahasa figuratif yang digunakan oleh Usman Awang merangkumi personifikasi, hiperbola dan ironi. Gabungan pelbagai bahasa figuratif dalam sajak ini masih mampu difahami walaupun berselindung di sebalik makna eksplisitnya. Bahasa figuratif yang dikaji mengandungi rahsia perasaan seorang pelacur dan juga perasaan masyarakat umum terhadap pelacur. Rasa gelisah, tidak selesa, sunyi, penat, sedih, menyesal di sebalik mudah mendapat wang, dirungkaikan dalam kajian ini. Kajian ini memaparkan pembuktian secara lebih saintifik terhadap pelbagai perasaan itu yang dikemukakan daripada pernyataan umu.
News Source: Jurnal Bahasa
ISSN: 1511-9084
Volume: 15
Pages: 113-142
Call Number: Siri P81.J6 2015
Publisher: Dewan Bahasa dan Pustaka
Appears in Collections:Journal Content Pages/ Kandungan Halaman Jurnal

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_77784+Source01+Source010.PDF522.86 kBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.