Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/577393
Title: | Klasifikasi aktionsart predikat keadaan Bahasa Melayu |
Authors: | Noraini Salleh (UKM) Maslida Yusof (UKM) Karim Harun (UKM) |
Keywords: | Makna leksikal Klasifikasi aktionsart Predikat keadaan Teori Tatabahasa Peranan dan Rujukan (TPR) |
Issue Date: | Dec-2013 |
Description: | Pembahagian kata kerja mengikut makna leksikal telah dilakukan dalam kalangan ahli tatabahasa bahasa Melayu, antaranya Asmah Haji Omar (1993, 2008). Selain meninjau kata kerja berdasarkan fungsi nahuan kata kerja, beliau turut melihat makna leksikal, yakni berdasarkan makna yang dibawa oleh kata kerja itu sendiri. Menurutnya, kata kerja digolongkan kepada dua subsistem, iaitu kata kerja perbuatan yang mempunyai gerak dinamik atau proses dan kata kerja statif atau keadaan yang tidak mempunyai gerak. Selanjutnya, Maslida et al. (2008) dan Maslida Yusof (2012) pula mengelaskan kata kerja dalam bahasa Melayu berdasarkan aspek situasi dan membahagikan kata kerja atau predikat bahasa Melayu kepada keadaan, pencapaian, penyempurnaan, aktiviti, aktif penyempurnaan, semelfaktif dan versi kausatif bagi setiap kelas kata kerja. Kesemua kelas kata kerja ini diklasifikasikan dengan merujuk satu set ujian sintaksis dan semantik seperti yang dianjurkan dalam Teori Tatabahasa Peranan dan Rujukan. Sehubungan dengan itu, dengan memberi fokus kepada kelas atau predikat keadaan dan menggunakan data Korpus UKM-DBP sebagai bahan contoh ayat, makalah ini akan menjelaskan ciri predikat keadaan dan memperincikan jenis predikat keadaan dalam bahasa Melayu. Tinjauan menyeluruh terhadap kata keadaan ini dilakukan oleh sebab predikat keadaan merupakan salah satu jenis predikat asas yang mendefinisikan perkaitan tematik selain kata kerja aktiviti (Van Valin, 2005) |
News Source: | Jurnal Bahasa |
ISSN: | 1511-9084 |
Volume: | 13 |
Pages: | 192-216 |
Call Number: | Siri P81 .J6 |
Publisher: | Dewan Bahasa dan Pustaka |
URI: | https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/577393 |
Appears in Collections: | Journal Content Pages/ Kandungan Halaman Jurnal |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_77757+Source01+Source010.PDF | 419.76 kB | Adobe PDF | ![]() View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.