Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/577388
Title: Bahasa rojak dalam kalangan penduduk di Sarawak
Authors: Mohammed Azlan Mis (UKM)
Keywords: Sarawak
Bahasa rojak
Penggunaan bahasa
Pilihan bahasa
Perhubungan
Pelbagai suku kaum
Issue Date: Dec-2012
Description: Kajian bahasa rojak di Sarawak ini bertujuan memerihalkan bahasa yang digunakan oleh pelbagai suku kaum, iaitu suku kaum Melayu,Iban, Cina dan Melanau dalam perhubungan sesama mereka seharihari. Penggunaan bahasa rojak di negeri Sarawak sama pentingnya dengan bahasa tempatan, seperti bahasa Iban, Melanau, Cina dan dialek Melayu. Bahasa rojak di Sarawak bahasa yang biasa dipilih dalam hubungan antara suku kaum yang pelbagai. Borang soal selidik digunakan untuk mengumpulkan maklumat penggunaan bahasa berlandaskan kerangka kajian pilihan bahasa serta dijumlahkan keseluruhannya mengikut bahasa yang ada digunakan dalam masyarakat tersebut. Kajian ini telah dijalankan di bandar Sarikei. Kaedah yang dipilih ini telah disesuaikan daripada Fishman, Asmah, Holmes dan juga Chua Yan Piaw berlandaskan analisis kekerapan (peratusan). Didapati suku kaum yang pelbagai di negeri Sarawak telah memilih dua bahasa rojak, iaitu bahasa rojak Melayu-Iban dan bahasa rojak Melayu-Melanau. Walau bagaimanapun, penggunaan bahasa rojak Melayu-Iban lebih utama jika dibandingkan dengan bahasa rojak Melayu-Melanau. Bahasa rojak Melayu-Iban digunakan lebih tinggi di Sarawak kerana bahasa ini dipilih oleh tiga suku kaum utama, iaitu Melayu, Iban dan Cina jika dibandingkan dengan bahasa rojak Melayu-Melanau yang hanya digunakan antara suku kaum Melayu dan Melanau sahaja.
News Source: Jurnal Bahasa
ISSN: 1511-9084
Volume: 12
Pages: 220-238
Call Number: Siri P81.J6
Publisher: Dewan Bahasa dan Pustaka
URI: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/577388
Appears in Collections:Journal Content Pages/ Kandungan Halaman Jurnal

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_77752+Source01+Source010.PDF263.53 kBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.