Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/577336
Title: | ‘Umran dan aplikasinya di Alam Melayu |
Authors: | Mahayudin Hj. Yahaya |
Keywords: | Ibn Khaldun 'Umran Tamadun Islam Alam Melayu |
Issue Date: | 2013 |
Description: | Kajian ini memfokuskan pada `umran dan aplikasinya di Alam Melayu. Sehingga kini tiada suatu kajian komprehensif, atau, kajian perbandingan antara `umran dengan istilah yang hampir semakna dengannya seperti hadarah, madaniyyah, dan tamaddun. Konsep `umran mula diperkenalkan oleh Ibn Khaldun pada abad ke-14 menerusi karya agungnya Muqaddimah. Tujuannya untuk menggantikan istilah madaniyyah yang berbentuk “sekular” yang diperkenalkan oleh masyarakat Yunani kuno. Sarjana moden mengidentifikasikan `umran sebagai madaniyyah (civilization). Oleh yang demikian, terdapat dua interpretasi yang bertentangan mengenai`umran. Kajian ini akan meneliti sama ada `umran semakna dengan civilization atau berbeza berdasarkan teori `umran (`ilm al-`umran). Kajian ini menggunakan kaedah “induksi” berdasarkan taakulan bagi menentukan hukum daripada hasil kajian empirik yang berbeza daripada kaedah “deduksi”, iaitu suatu proses taakulan dari prinsip umum kepada kes khusus bagi menentukan hukum. Bagi membuktikan kaedah induksi lebih efektif maka digunakan pula kajian perbandingan dan analisis semantik berdasarkan kaedah saintifik dan fakta sejarah sebagai “kayu ukur” bagi mencapai rumusan yang saintifik. Objektif kajian ini, antara lain termasuklah bagi mengembangkan dan meluasdalamkan lagi minda masyarakat Islam di rantau ini, khususnya dalam bidang sains sosial Islam, di samping mendedahkan kepentingan `umran dalam bidang kehidupan sebagai salah satu sumber ilmu agama dan budaya masyarakat Islam. Tujuan lain adalah untuk memperlihatkan sumbangan Ibn Khaldun dalam bidang agama, sains sosial dan kemanusiaan, serta menyuntik nilaibudaya murni `umran dalam bidang akademik dan pendidikan di dunia Islam. |
News Source: | Jurnal Antarabangsa Dunia Melayu |
ISSN: | 1675-6460 |
Volume: | 6 |
Pages: | 1-33 |
Appears in Collections: | Journal Content Pages/ Kandungan Halaman Jurnal |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_77207+Source01+Source010.PDF | 440.83 kB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.