Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/577330| Title: | Penggunaan garis panduan dan etika dalam penambahbaikan perjalanan penguatkuasaan dan pendakwaan kesalahan syariah |
| Authors: | Ibrahim Deris Hanifah Haydar Ali Tajuddin |
| Keywords: | Etika penguatkuasaan Pendakwaan kesalahan syariah |
| Issue Date: | Jan-2015 |
| Description: | Pelaksanaan undang-undang jenayah syariah di Malaysia, seperti juga pelaksanaan undang-undang lain memerlukan pengetahuan para pelaksananya mengenai undang-undang. Walau bagaimanapun, penguatkuasaan dan pendakwaan undang-undang syariah di Malaysia terdiri daripada para pelaksana yang mempunyai latar belakang yang bercampur. Sesetengahnya berlatarbelakangkan undang-undang, manakala yang lain berlatarbelakangkan bidang lain. Hal ini lebih ketara dalam kalangan para penguat kuasa undangundang jenayah syariah yang lantikan skimnya tidak mensyaratkan keperluan bagi seseorang itu berlatarbelakangkan undang-undang. Oleh itu pemahaman terhadap peruntukan dalam akta dan enakmen berkenaan dengan jenayah syariah tidak dikuasai. Hal ini selalunya menyebabkan salah faham dalam menginterpretasikan undang-undang. Selepas kritikan demi kritikan dibuat hasil kegagalan dalam pelaksanaan operasi pencegahan jenayah syariah,pembentukan beberapa garis panduan berkaitan tindakan penguatkuasaan khususnya dilihat dapat mengurangkan masalah berkaitan ketidakfahaman pelaksana undang-undang jenayah syariah. Hal ini demikian kerana salah satu ciri garis panduan ini, aturan dan susunan penerangan dirangka bagi memudahkan kefahaman pembacanya, hatta kepada orang awam sekalipun. |
| News Source: | Kanun: Jurnal Undang-Undang Malaysia |
| ISSN: | 0128-2670 |
| Volume: | 27 |
| Pages: | 102-121 |
| Publisher: | Dewan Bahasa dan Pustaka |
| URI: | https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/577330 |
| Appears in Collections: | Journal Content Pages/ Kandungan Halaman Jurnal |
Files in This Item:
| File | Description | Size | Format | |
|---|---|---|---|---|
| ukmvital_73762+Source01+Source010.PDF | 343.55 kB | Adobe PDF | ![]() View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.
