Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/563407
Title: | Deiksis reruang dalam dialek Kedah |
Authors: | Nurul Shahida Jamil (UKM) Maslida Yusof (UKM) |
Keywords: | deiksis deiksis reruang dialek kedah kerangka rujukan peserta deiksis |
Issue Date: | Dec-2014 |
Description: | Makalah ini bertujuan meneliti elemen deiksis reruang atau deiksis tempat dalam dialek Kedah dengan memberikan fokus kepada kawasan kajian di Kampung Kubang Lintah, Mukim Lepai, Daerah Kota Setar (DKKS). Deiksis reruang menekankan aspek tempat atau lokasi yang wujud secara relatif dalam ruang peserta deiksis dalam peristiwa tutur (Huang, 2007). Kajian ini menggunakan rakaman perbualan kekeluargaan antara ibu, anak dan adik-beradik. Untuk mengungkapkan hubungan reruang antara entiti yang ditempatkan (benda yang dirujuk) dengan tanda tempat, makalah ini akan menggunakan kerangka rujukan (frames of reference) oleh Huang (2007) yang melibatkan tiga rangka linguistik bagi rujukan, iaitu (i) intrinsik; (ii) relatif; dan (iii) absolut. Makalah ini mendapati DKKS mempunyai kepelbagaian elemen deiktik dalam mengungkapkan hubungan reruang antara entiti yang dirujuk dengan tempat yang menjadi rujukan. Hubungan reruang juga bersifat relatif, iaitu berasaskan hubungan sudut pandang (lokasi), benda (entiti) dan tanda tempat (kedudukan). Analisis deskriptif deiksis reruang dapat menyerlahkan sistem penggunaan deiksis dalam dialek Melayu terutamanya dalam dialek Kedah secara eksklusif dan tersendiri sebagaimana yang dipamerkan oleh peserta deiksis DKKS. |
News Source: | Jurnal Bahasa |
ISSN: | 1511-9084 |
Volume: | 14 |
Pages: | 192-218 |
Call Number: | Siri P81.J6 |
Publisher: | Dewan Bahasa dan Pustaka |
URI: | https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/563407 |
Appears in Collections: | Journal Content Pages/ Kandungan Halaman Jurnal |
Files in This Item:
There are no files associated with this item.
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.