Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/563406
Title: | Analisis deskriptif terhadap struktur frasa kerja Bahasa Mendriq |
Authors: | Fazal Mohamed Mohamed Sultan (UKM) Khairul Faiz Alimi |
Keywords: | Kata kerja transitif Kata kerja tak transitif Mendriq Bahasa Moribund Kata kerja bantu |
Issue Date: | Dec-2014 |
Description: | Makalah ini membahaskan jenis kata kerja yang wujud dalam bahasa Mendriq. Kajian ini menggunakan data primer yang dikutip daripada penutur natif bahasa Mendriq. Bahasa Mendriq merupakan bahasa yang dituturkan oleh kaum orang asli Mendriq di Kuala Lah, Gua Musang, Kelantan. Bahasa moribund ini dituturkan oleh 245 orang penutur di sekitar tiga buah kampung, iaitu di Kampung Kuala Lah, Kampung Baru dan Kampung Kuala Stail. Kajian lapangan ini telah dijalankan di Kuala Lah selama enam bulan. Data dikumpulkan melalui kaedah bercerita yang diperoleh daripada sepuluh penutur natif bahasa Mendriq. Fokus penelitian pada frasa kerja bahasa Mendriq sahaja. Analisis yang dilakukan terhadap frasa kerja bahasa Mendriq hanya melibatkan analisis deskriptif, iaitu sejenis analisis yang akan menjelaskan data dengan terperinci. Analisis ini mendapati bahawa frasa kerja dalam bahasa Mendriq terdiri daripada kata kerja transitif dan kata kerja tak transitif. Kedua-dua jenis kata kerja ini boleh diikuti oleh kata kerja bantu, yang dapat dibahagikan pula kepada kata kerja bantu modal dan kata kerja bantu aspek. Oleh itu,analisis deskriptif ini dapat menjelaskan dua jenis kata kerja dan dua jenis kata kerja bantu dalam bahasa Mendriq. Dapatan daripada analisis ini dapat dijadikan landasan untuk kajian secara teoritikal pada masa hadapan. |
News Source: | Jurnal Bahasa |
ISSN: | 1511-9084 |
Volume: | 14 |
Pages: | 169-191 |
Call Number: | Siri P81.J6 |
Publisher: | Dewan Bahasa dan Pustaka |
URI: | https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/563406 |
Appears in Collections: | Journal Content Pages/ Kandungan Halaman Jurnal |
Files in This Item:
There are no files associated with this item.
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.