Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/563329
Title: Peletakan, Persekitaran, dan Pengurusan Tataruang candi-candi Kedah Tua
Authors: Muhammad Nu'man Mohd Nasir
Supervisor: Zuliskandar Ramli, Hamdzun Haron, Prof. Madya Dr. Prof.Madya Dr.
Keywords: Arkeologi di Kedah
Seni Ukiran kayu
Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Dissertations, Academic -- Malaysia
Issue Date: 6-Jul-2023
Abstract: Kajian ini bertujuan untuk mengkaji pengurusan tataruang oleh masyarakat tempatan di Kedah Tua berdasarkan kepada asosiasi antara candi, kanun Sanskrit, persekitaran semula jadi, dan pelabuhan purba. Hasil penyelidikan arkeologi di Kedah telah menemui banyak tinggalan candi yang dibina di sebuah kawasan luas yang lebih dikenali sebagai Lembah Bujang. Panduan pembinaan struktur keagamaan telah termaktub dalam kanun-kanun Sanskrit yang turut dikenali sebagai vastu sastra. Panduan pembinaan ini menyentuh pelbagai aspek pembinaan termasuklah pemilihan lokasi yang berkait rapat dengan persekitaran semula jadi sesebuah kawasan. Kajian ini penting dalam penyejarahan Kedah Tua kerana terdapat polemik mengenai golongan yang bertanggungjawab membina candi-candi tersebut, dengan sebahagian berpandangan ianya dibina oleh orang asing, bukannya didirikan oleh masyarakat tempatan. Penyelidikan ini mengupas aspek pengurusan tataruang tersebut dengan membincangkan tentang taburan lokasi candi berlandaskan aspek persekitaran semula jadi dan ekonomi melalui pelabuhan serta melihat pengaruh kanun Sanskrit terhadap pembinaan candi. Kaedah kajian kepustakaan dengan merujuk kepada kajian lepas dan juga kanun Sanskrit juga telah dilakukan untuk menganalisis kaedah pembinaan candi Buddha dan Hindu berdasarkan kanun tersebut. Pendekatan survei arkeologi dan kajian lapangan dijalankan untuk mengumpulkan data sumber primer bagi kajian ini. Data lokasi setiap tapak candi direkodkan melalui alat Sistem Penentududukan Sejagat (GPS). Data kawasan persekitaran tapak candi turut direkodkan dalam penyelidikan ini. Data-data ini termasuklah rekod bertulis mengenai deskripsi kawasan persekitaran candi merangkumi persekitaran semula jadi dan persekitaran bukan semula jadi serta data lain seperti sampel tanah yang telah digerudi (auger). Analisis ruangan dan taburan tapak-tapak candi kemudiannya dijalankan untuk melihat korelasi yang wujud antara candi dengan aspek persekitaran semula jadi dan juga ekonomi melalui pelabuhan dan perdagangan. Analisis fizikal terhadap seni bina candi juga turut dijalankan dengan turut membandingkannya dengan panduan seni bina struktur keagamaan yang terdapat pada kanun Sanskrit. Hasil kajian mendapati masyarakat Kedah Tua terlibat secara langsung dalam pembinaan candi-candi tersebut, berdasarkan kepada ketidakpatuhan beberapa aspek dalam seni bina dan pembinaan candi. Malah unsur tempatan turut diterapkan pada candi-candi Kedah Tua. Selain itu terdapat perbezaan penyusunan landskap candi-persekitaran semula jadi antara penganut Buddha dan Hindu di Kedah Tua. Masing-masing mempunyai kecenderungan tersendiri dalam menentukan lokasi candi mereka didirikan
Description: Perpustakaan Alam Dan Tamadun Melayu
Pages: 286
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Institute of The Malay World and Civilisation / Institut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA)

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
Peletakan persekitaran dan pengurusan tataruang candi-candi Kedah Tua.pdf
  Restricted Access
Full-text172.08 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.