Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/563318
Title: Kepimpinan lestari guru besar dan amalan pembelajaran sepanjang hayat guru di sekolah daerah Seremban
Authors: Ahmad Farees Mat Suburi (P104004)
Keywords: Leadership
Continuing education
School principals
Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Dissertations, Academic -- Malaysia
Issue Date: 12-Jul-2023
Abstract: Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti tahap amalan kepimpinan lestari dalam kalangan guru besar dan tahap amalan pembelajaran sepanjang hayat dalam kalangan guru di sekolah kebangsaan di daerah Seremban. Amalan pembelajaran sepanjang hayat penting bagi merealisasikan visi serta misi pendidikan untuk melahirkan modal insan yang berkualiti dan mampu berdaya saing. Antara faktor yang telah mempengaruhi tahap amalan pembelajaran sepanjang hayat adalah amalan kepimpinan lestari dalam kalangan guru besar. Oleh itu, kajian ini juga meneliti hubungan di antara amalan kepimpinan lestari guru besar dengan amalan pembelajaran sepanjang hayat guru-guru sekolah kebangsaan daerah Seremban. Sampel kajian terdiri daripada 280 orang guru daripada sebelas buah sekolah yang dipilih secara rawak. Kajian ini menggunakan kaedah kuantitatif dengan soal selidik berskala likert menjadi instrumen utama kajian ini. Bagi merumuskan tahap amalan kepimpinan lestari dan pembelajaran sepanjang hayat, ujian deskiptif telah digunakan manakala ujian Korelasi Pearson telah digunakan bagi mengkaji hubungan antara kedua-dua pemboleh ubah ini. Dapatan kajian menunjukkan bahawa tahap amalan kepimpinan lestari guru besar di daerah Seremban berada pada tahap tinggi dengan nilai skor min 4.05 (SD=0.166). Amalan pembelajaran sepanjang hayat juga berada pada tahap tinggi dengan nilai skor min 4.06 (SD=0.431). Kajian ini juga telah membuktikan bahawa terdapat hubungan korelasi signifikan yang positif antara kedua-dua pemboleh ubah ini. Kajian ini telah membuktikan bahawa amalan kepimpinan lestari dalam kalangan guru besar mempunyai hubungan dengan tahap amalan pembelajaran sepanjang hayat dalam kalangan guru. Amalan budaya pembelajaran sepanjang hayat akan seterusnya memberikan kesan positif terhadap kemenjadian murid di sekolah. Oleh itu, gaya kepimpinan guru besar sekolah amat penting dalam menentukan hala tuju sekolah. Justeru, pihak Kementerian Pendidikan Malaysia perlu memastikan gaya kepimpinan lestari diamalkan oleh setiap guru besar yang mampu mendorong tahap amalan pembelajaran sepanjang hayat dalam kalangan guru.
Pages: 110
Call Number: HD57.7.A376 2023 tesis
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Education / Fakulti Pendidikan

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
Kepimpinan lestari guru besar dan amalan pembelajaran sepanjang hayat guru di sekolah daerah Seremban.pdf
  Restricted Access
Full-text1.17 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.