Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/563316
Title: Pengetahuan dan kemahiran pembelajaran kolaboratif dalam kalangan guru Pendidikan Islam di Kuala Lumpur
Authors: Che Afidah Che Hanifar (P107987)
Supervisor: Khadijah Abdul Razak, Dr.
Keywords: Islam -- Study and teaching -- Kuala Lumpur
Muslim educators
Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Dissertations, Academic -- Malaysia
Issue Date: 26-Jul-2023
Abstract: Pengetahuan dan kemahiran dalam pembelajaran kolaboratif merupakan aspek yang penting dan perlu ada pada seseorang guru bagi mewujudkan suasana pembelajaran yang menyeronokkan, berkesan dan bermakna. Namun, masih terdapat dalam kalangan guru yang kurang pengetahuan dan kemahiran pembelajaran kolaboratif. Ini disebabkan oleh mereka masih lagi menggunakan pendekatan secara konvensional dan bersifat sehala sahaja. Justeru, kajian ini dijalankan untuk meninjau tahap pengetahuan dan tahap kemahiran pembelajaran kolaboratif dalam kalangan guru Pendidikan Islam, mengenal pasti perbezaan tahap pengetahuan dan kemahiran berdasarkan jantina dan pengalaman mengajar serta mengenal pasti hubungan antara pengetahuan dan kemahiran pembelajaran kolaboratif dalam kalangan guru Pendidikan Islam. Kajian ini merupakan kajian tinjauan yang menggunakan borang soal selidik melalui ‘google form’. Kajian ini melibatkan sampel seramai 220 orang guru Pendidikan Islam (GPI) Sekolah Menengah di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Analisis data bagi kajian ini menggunakan perisian SPSS 26.0 yang melibatkan analisis deskriptif (peratus, min dan sisihan piawai) serta analisis inferensi (ujian-t tidak bersandar, Anova satu hala dan Korelasi Pearson). Hasil kajian rintis berdasarkan analisis Cronbach Alpha bagi setiap konstruk menunjukkan tahap kebolehpercayaan adalah tinggi iaitu melebihi 0.9. Data telah dianalisis secara deskriptif dan inferensi. Hasil dapatan kajian menunjukkan skor min bagi kedua-dua pemboleh ubah adalah tinggi iaitu tahap pengetahuan GPI (min=4.29), tahap kemahiran GPI (min=4.07). Analisis ujian-T tidak bersandar dan ujian Anova satu hala menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan pengetahuan dan kemahiran pembelajaran kolaboratif dalam kalangan GPI berdasarkan jantina dan pengalaman mengajar. Manakala hasil analisis Korelasi Pearson menunjukkan bahawa terdapat hubungan yang positif dengan kekuatan yang tinggi antara pengetahuan dan kemahiran pembelajaran kolaboratif dalam kalangan GPI. Implikasi kajian ini diharap dapat memberikan panduan kepada pihak berkepentingan terutamanya GPI terhadap pelaksanaan pembelajaran kolaboratif dalam PdPc Pendidikan Islam.
Pages: 171
Call Number: BP42.C484 2023 tesis
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Education / Fakulti Pendidikan

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
Pengetahuan dan kemahiran pembelajaran kolaboratif dalam kalangan guru Pendidikan Islam di Kuala Lumpur.pdf
  Restricted Access
Full-text1.64 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.