Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/562697
Title: | Pembangunan modul pengaturcaraan berasaskan pengalaman klob integrasi robotik dan aplikasi Blokly (AturBot) bagi pelajar novis pendidikan tinggi |
Authors: | Noor Faridatul Ainun Zainal (P75439) |
Supervisor: | Rosseni Din, Prof. Madya Dr. Nazatul Aini Abd Majid, Dr. |
Keywords: | Programming languages (Electronic computers) Instructional systems Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations Dissertations, Academic -- Malaysia |
Issue Date: | 5-Jul-2023 |
Abstract: | Pengaturcaraan adalah merupakan kursus yang sukar kepada pelajar novis dari dulu hingga kini. Kesukaran kursus ini menyebabkan pelajar hilang minat terhadap pengaturcaraan dan menyebabkan mereka sukar untuk belajar. Kajian yang dilaksanakan ini adalah berbentuk kajian tindakan. Model Kemmis dan Mc Taggart (1988) digunakan bagi melaksanakan kajian ini. Modul pengaturcaraan berasaskan pengalaman Kolb dengan mengintegrasi robotik dan aplikasi Blokly (AturBot) dibangunkan sebagai intervensi dalam kajian ini. Kajian ini bertujuan mereflek kajian lepas, merancang pelan tindakan pembangunan dan aktiviti Modul AturBot, melaksanakan pelan tindakan penggunaan Modul AturBot dan pemerhatian kepada pelajar setelah menggunakan Modul AturBot terhadap kebolehgunaan modul, tahap pemahaman dan minat pelajar terhadap pengaturcaraan. Pembangunan Modul AturBot dilaksana secara sistematik berpandukan model Successive Approximation Model (SAM) iaitu model reka bentuk sistem pengajaran tangkas. Empat pakar dan lima pelajar dipilih untuk pengujian dan pengesahan Modul AturBot seterusnya penambahbaikan dilakukan hasil maklum balas pakar dan pelajar. Penilaian modul menggunakan teknik pemilihan persampelan bertujuan. Empat slot bengkel telah dilaksanakan dalam pelan tindakan penggunaan Modul AturBot di mana setiap slot mengambil masa selama dua hari dan telah dijalankan di Universiti Kebangsaan Malaysia. Sebanyak 32 orang pelajar tahun 1 telah menghadiri bengkel ini dan telah menjawab soal selidik yang diberikan di awal dan akhir bengkel. Terdapat tiga kaedah yang digunakan untuk mendapatkan dapatan data kajian ini iaitu melalui kaedah tinjauan iaitu soal selidik, pemerhatian dan juga analisi dokumen. Dapatan penilaian modul menunjukkan pelajar novis memberi maklum balas memberangsangkan iaitu setiap item kebergunaan modul adalah di tahap yang tinggi. Dapatan juga menunjukkan penggunaan modul ke atas minat terhadap pengaturcaraan juga adalah tinggi. Dapatan ini disokong dengan refleksi pelajar novis terhadap penggunaan modul yang mendapat maklum balas positif dan memberangsangkan serta pemerhatian pemahaman pelajar terhadap pengaturcaraan juga meningkat. Kajian ini juga adalah seiring dengan era evolusi IR4.0 di mana selain pelajar dapat meningkatkan minat mereka kepada pengaturcaraan, sekali gus meningkatkan kaedah pengajaran di institusi pengajian tinggi bersesuaian dengan penggunaan teknologi semasa yang sesuai juga digunakan untuk pelbagai peringkat. Sumbangan kajian ini adalah inovasi pengajaran dan pembelajaran untuk kursus pengaturcaraan iaitu dengan mengaplikasikan Kolb dalam pembelajaran pengaturcaraan dengan melibatkan intergrasi robotik dan Aplikasi Blokly menerusi modul ini. |
Pages: | 319 |
Call Number: | QA76.7.N636 2023 tesis |
Publisher: | UKM, Bangi |
Appears in Collections: | Faculty of Education / Fakulti Pendidikan |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
Pembangunan modul pengaturcaraan berasakan pengalaman klob intergrasi robotik dan aplikasi blokly ATURBOT bagi pelajar novis pendidikan tinggi.pdf Restricted Access | Full-text | 10.99 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.