Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/562678
Title: Kompetensi guru penolong kanan kokurikulum (GPK ko) dan pengaruhnya terhadap sikap dan motivasi kerja guru
Authors: Maznah Abdullah (P82907)
Supervisor: Aida Hanim A. Hamid, Dr.
Norlena Salamuddin, Prof. Madya Dr.
Keywords: Assistant school principals
School administrators
Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Dissertations, Academic -- Malaysia
Issue Date: 24-May-2023
Abstract: Kompetensi Guru Penolong Kanan kokurikulum (GPK ko) menjadi tunjang utama terhadap sikap dan motivasi kerja guru dalam memastikan kemenjadian murid. Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 (PPPM), menekankan bahawa kecemerlangan kepemimpinan dan kualiti guru perlu diperkukuh dengan membangun kapasiti pemimpin pendidikan dan menjadikan mereka sebagai pemimpin instruksional. Dapatan kajian lalu menunjukkan bahawa kecemerlangan kokurikulum sekolah adalah berkait dengan kompetensi GPK ko. Kajian ini dijalankan bertujuan untuk mengenal pasti tahap kompetensi GPK ko dan pengaruhnya terhadap sikap dan motivasi kerja guru di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) di Negeri Sembilan. Kajian tinjauan menggunakan reka bentuk kuantitatif ini melibatkan 366 guru yang dipilih secara persampelan rawak berkelompok. Data dikumpulkan menggunakan instrumen soal selidik. Kajian mendapati bahawa tahap kompetensi GPK ko adalah pada tahap tinggi, manakala sikap dan motivasi kerja guru pula pada tahap sederhana tinggi. Ujian MANOVA pula menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan pada tahap sikap dan motivasi kerja guru berdasarkan lokasi, jantina, pengalaman mengajar dan opsyen guru. Walau bagaimanapun terdapat perbezaan yang signifikan pada tahap sikap dan motivasi kerja guru mengikut umur. Analisis korelasi mendapati ketiga-tiga pemboleh ubah kajian mempunyai hubungan yang signifikan dan positif, manakala analisis regresi berganda pula menunjukkan kemahiran meta [b=0.364, t=3.319, p<0.05] dan kemahiran teknikal [b=0.231, t=2.931, p<0.05] memberi impak yang signifikan terhadap sikap guru. Pengaruh kompetensi GPK ko berdasarkan domain kemahiran meta [b=0.245, t=4.206, p<0.05] dan kemahiran teknikal [b=0.173, t=3.001, p<0.05] pula menyumbang secara signifikan terhadap motivasi kerja guru. Implikasi kajian ini amat bermakna untuk penambahbaikan standard kompetensi pemimpin pendidikan dan boleh dijadikan rujukan pihak berkepentingan terutama KPM dalam menggubal standard kompetensi khusus kepada GPK ko. Standard ini penting dalam urusan pelantikan GPK ko bagi memastikan pelaksanaan kokurikulum dapat dijalankan dengan lebih berfokus dan cemerlang. Pada masa akan datang dicadangkan agar kajian ini dilaksanakan dengan lebih meluas kepada pelbagai jenis sekolah seperti sekolah rendah, sekolah agama dan sekolah swasta agar maklumat berkaitan dengan kompetensi GPK ko di Malaysia dapat digambarkan secara komprehensif.
Pages: 401
Call Number: LB2831.9.M339 2023 tesis
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Education / Fakulti Pendidikan

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
Kompetensi guru penolong kanan kokurikulum (GPK ko) dan pengaruhnya terhadap sikap dan motivasi kerja guru
  Restricted Access
Partial1.09 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.