Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/562546
Title: Pembangunan dan keberkesanan modul ME-CoT terhadap pencapaian, pemikiran komputasional dan kesedaran metakognitif dalam kalangan pelajar biologi
Authors: Nagalaxmy Markandan (P102495)
Supervisor: Kamisah Osman, Prof.
Keywords: Instructional systems
Learning strategies
Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Dissertations, Academic -- Malaysia
Issue Date: 12-May-2023
Abstract: Dalam era Revolusi Perindustrian 4.0, kemenjadian generasi baharu yang kreatif, inovatif, mampu mengadaptasi teknologi, berdaya saing dan produktif bagi memenuhi keperluan ledakan globalisasi bermula di peringkat sekolah dengan memartabatkan kualiti pedagogi dalam bilik darjah. Inisiatif ini dapat dicapai melalui pembelajaran aktif yang diterapkan melalui pengamalan kemahiran pemikiran komputasional sebagai penyelesaian masalah. Namun, pengintegrasian pemikiran komputasional masih pudar di bilik darjah disebabkan kurangnya pengetahuan tentang kemahiran pemikiran komputasional dan tiada modul yang spesifik bagi membimbing guru. Oleh yang demikian, Modul ME-CoT telah dibangunkan bagi menyediakan satu platform untuk membantu guru dan pelajar untuk mengaplikasikan kemahiran pemikiran komputasional sebagai penyelesaian masalah dalam bilik darjah bagi meningkatkan pencapaian dalam mata pelajaran STEM terutamanya Biologi, membina pemikiran komputasional serta memupuk kesedaran metakognitif. Seramai 30 pelajar (15=kumpulan rawatan dan 15 =kumpulan kawalan) dari sekolah menengah daerah Jempol telah terlibat dalam kajian ini. Kajian kuasi eksperimen dengan reka bentuk ujian pra dan ujian pasca telah dijalankan untuk menilai keberkesanan Modul ME-CoT. Kumpulan rawatan menggunakan Modul ME-CoT manakala kumpulan kawalan menjalani Pembelajaran dan Pemudahcaraan secara konventional. Instrumen yang digunakan ialah Ujian Pencapaian Sistem Respirasi dalam Badan Manusia dan Haiwan, Soal selidik Pemikiran Komputasional sebagai Penyelesaian Masalah serta MAI (Metacognitive Awareness Inventory). Data dianalisis dengan menggunakan statistik deskriptif dan statistik inferensi. Statistik inferensi melibatkan Ujian Mann-Whitney U dan Ujian Wilcoxon T kerana taburan data adalah tidak normal. Walaupun terdapat peningkatan dalam kumpulan kawalan namun, dapatan ujian inferensi kumpulan rawatan menunjukkan peningkatan yang lebih memberangsangkan. Implikasi kajian ini memberi cadangan bahawa pengaplikasian kemahiran pemikiran komputasional sebagai penyelesaian masalah dapat meningkatkan pencapaian, membina pemikiran komputasional serta memupuk kesedaran metakognitif dalam kalangan pelajar Biologi.
Pages: 483
Call Number: LB1028.35.N334 2023 tesis
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Education / Fakulti Pendidikan



Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.