Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/550436
Title: Penilaian masyarakat melalui kejatian tempat : Kajian kes di Kampung Pulau Sekati
Authors: Nur Nazatul Huda Ruhizar
Supervisor: Nor Zalina Harun, Siti Marziah Zakaria, Dr. Prof. Madya Dr.
Keywords: Warisan Budaya
Teori Kejatian tempat
Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Dissertations, Academic -- Malaysia
Issue Date: 2023
Abstract: Teori Kejatian Tempat merupakan teori utama dalam kajian ini. Menurut teori ini, seseorang mempunyai keterikatan yang kuat dan berakar pada sesuatu tempat setelah mereka berinteraksi dan tinggal di kawasan tersebut untuk jangka masa yang panjang. Teori ini juga dianggap sebagai faktor penting dalam pemuliharaan warisan budaya di petempatan tradisional. Meskipun Malaysia adalah rumah kepada beberapa petempatan tradisional yang mempunyai sejarah dan ciri yang berbeza namun penyelidikan mengenainya masih di peringkat awal. Selaras dengan teori asal usul tempat, tujuan kajian ini adalah untuk mengkaji hubungan antara karakter dan keunikan petempatan tradisional dengan perasaan penduduk terhadap pemuliharaan petempatan tradisional. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif yang merangkumi pemerhatian terhadap ciri-ciri fizikal dan temu bual berstruktur dengan melibatkan 24 orang informan yang menetap di petempatan tradisional yang dikenali sebagai Kampung Pulau Sekati (KPS), Terengganu. Sementara itu, data pemerhatian dianalisis berdasarkan senarai semak inventori tapak, dan temu bual yang ditranskripsi telah dimasukkan ke dalam aplikasi NVivo untuk analisis tematik. Kajian ini mendapati keunikan karakter fizikal KPS terbahagi kepada enam kategori: pola petempatan, persempadanan, kebolehcapaian dan jenis jalan, komponen alam semula jadi, seni bina, dan ruang sosial dan budaya. Kesemua aspek keunikan kampung ini didapati mempunyai kaitan dengan perasaan penduduk mengikut empat dimensi utama kejatian tempat: perasaan selesa, selamat, sayang dan bangga untuk tinggal di kampung tersebut. Namun apabila penduduk menyatakan kebimbangan terhadap perubahan persekitaran kampung, dua dimensi baharu telah muncul: i) mudah rasa terancam; dan ii) keinginan untuk mempertahankan petempatan mereka jika ancaman perubahan berterusan. Dari sudut teoritikal, kajian ini berpotensi untuk mendalami pemahaman terhadap aspek atau karakter alam semula jadi sesuatu tempat dengan mengetengahkan usaha pemuliharaan penempatan tradisional dan menonjolkan kepentingan strategi pemuliharaan yang berkesan. Kajian ini menyokong hasrat untuk pembangunan lestari tempatan dari sudut praktikal dengan memenuhi keperluan generasi semasa tanpa menjejaskan kepentingan generasi akan datang.
Description: Perpustakaan Alam Dan Tamadun Melayu
Pages: 215
Appears in Collections:Institute of The Malay World and Civilisation / Institut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA)

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
Penilaian masyarakat melalui kejatian tempat Kajian kes di Kampung Pulau Sekati.pdf
  Restricted Access
Full text131.6 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.