Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/544731
Title: Pelan Strategik ICT 2012-2015 Majlis Perbandaran Kajang.
Authors: Majlis Perbandaran Kajang (Kerajaan Negeri Selangor)
Keywords: Majlis Perbandaran Kajang
Issue Date: 2012
Abstract: Pelan ini merupakan satu blueprint yang mengandungi garis panduan pelaksanaan projek ICT disetiap PBT di bawah pentadbiran Negeri Selangor bagi tempoh empat tahun bermula 2012 hingga 2015. PSICT ini menekankan kepada penyampaian perkhidmatan yang inovatif, efisien, berkualiti dengan memanfaatkan penggunaan ICT secara meluas bagi mencapai sistem penyampaian perkhidmatan yang sistematik dan berkualiti. PSICT ini menjelaskan visi, misi, halatuju strategik,rangka kerja dan pelan tindakan yang dirancang bagi merealisasikan objektif PSICT. Keperluan PSICT ini telah dinyatakan melalui Surat Pekeliling Am Bilangan 4/2004 iaitu Garis Panduan Mengenai Tatacara Memohon Kelulusan Teknikal Projek ICT Agensi Kerajaan yang menyatakan bahawa Kementerian dan agensi-agensi di bawahnya hendaklah merancang dan menyelaras pelaksanaan program/projek-projek ICT supaya selaras dengan PSICT Kementerian/agensi. Pelan Strategik ICT Sektor Awam yang telah dilancarkan pada 2011 menekankan visi strategik ICT Sektor Awam iaitu menyediakan hala tuju bagi penggunaan ICT oleh Kerajaan bagi tempoh lima tahun akan datang. Pelan PSICT PBT Selangor ini disediakan bertujuan untuk penyeragaman serta membantu PBT Selangor menghadapi isu dan cabaran masa kini dan akan datang. Pelan ini bersesuaian dengan peranan ICT selaku penyumbang kecemerlangan organisasi serta membantu PBT Selangor melaksanakan dasar dengan berhemah, cekap dan berkesan. Pembangunan Pelan Strategik ICT bagi tempoh 2012 - 2015 telah disediakan untuk menyelaras dan sejajar dengan Pelan Strategik Jabatan yang telah disemak semula dari segi visi, misi dan teras jabatan.
Pages: 13
Publisher: Majlis Perbandaran Kajang
Appears in Collections:Government Policy / Dasar Kerajaan

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_124449+Source01+Source010.PDF
  Restricted Access
4.3 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.